Lelaki cedera ditembak ditahan berkait kes curi kenderaan
Polis berkata seorang wanita tempatan berusia 34 tahun yang ada bersama lelaki itu turut ditahan.
KUCHING: Seorang lelaki tempatan yang cedera dipercayai akibat terkena dua das tembakan ketika cuba melarikan diri menggunakan kenderaan dicuri, ditahan polis di Hospital Betong, semalam.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohd Azman Ahmad Sapri, dalam kenyataan hari ini berkata, suspek berusia 38 tahun ditahan kira-kira 1 tengah hari ketika mendapat rawatan di hospital tersebut.
Beliau berkata, seorang wanita tempatan berusia 34 tahun, yang ada bersama lelaki cedera di lengan kanan dan bahagian pinggang sebelah kanannya itu, turut ditahan.
“Semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai lapan rekod kesalahan mencuri kenderaan, satu rekod kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan satu rekod kesalahan cubaan membunuh orang,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Fortuner, yang dilaporkan kira-kira 1.09 pagi pada 4 Mac di Pasar Baru Tatau, kira-kira 565km ke utara dari sini.
Susulan laporan itu, Azman berkata sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tatau terserempak dengan Toyota Fortuner disyaki dicuri itu dan sebuah lagi 4WD jenis Toyota Hilux dalam keadaan mencurigakan di KM 82, Jalan Sibu-Bintulu.
“Ketika (anggota polis) menghampiri untuk pemeriksaan, tiba-tiba kenderaan jenis Toyota Hilux dan Toyota Fortuner itu memecut ke arah pasukan polis.
“Pasukan polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah hadapan dan tayar kedua-dua tayar kenderaan tersebut, dengan tujuan untuk menghentikan tindakan suspek namun semua kenderaan itu berjaya meloloskan diri,” katanya.
Azman berkata, kedua-dua kenderaan itu, turut merempuh sekatan jalan raya pasukan dari Balai Polis Selangau kira-kira 300m dari tempat kejadian awal, dan hampir melanggar seorang anggota polis, sebelum Toyota Fortuner itu ditemukan terbabas di tepi jalan.
“Suspek berjaya melarikan diri dengan menaiki kenderaan Toyota Hilux,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan, kerana mencuri kenderaan motor dan Seksyen 307 kanun sama kerana cubaan membunuh.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu menghubungi Insp Mohd Hafez A Razak di talian 012 9677525.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source