Subsidi hanya dikurangkan untuk orang kaya, jangan dipolitikkan, tegas Anwar
Perdana menteri berkata pengurangan subsidi untuk golongan T20 adalah bagi memastikan ia tidak membebankan golongan miskin.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membidas kenyataan Radzi Jidin (PN-Putrajaya) berhubung kerajaan mengurangkan subsidi kepada rakyat yang menyebabkan mereka terbeban masa ini.
Beliau mempersoalkan dakwaan Radzi itu dan berkata pengurangan subsidi hanya dibuat kepada golongan berpendapatan tinggi (T20) dan bukannya kepada 90% majoriti rakyat.
“Cuma.. bila sebut pengurangan subsidi. Di mana kurang.
“Yang kurang itu untuk orang kaya. Kita kurangkan subsidi elektrik tidak untuk rakyat.. untuk yang ‘maha kaya’. (Yang ada) rumah besar, (dan) kaya.. kenapa nak jadikan isu politik,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Radzi dalam sesi pertanyaan kepada perdana menteri di Dewan Rakyat.
Sebelum itu, Radzi berkata kenaikan harga barangan ketika ini selepas kejatuhan nilai ringgit dan pengurangan subsidi kepada rakyat telah mencengkam kehidupan mereka.
Susulan itu, Radzi bertanya apakah tindakan kerajaan untuk memastikan rakyat tidak sengsara pada masa ini.
Ahli Parlimen Tambun itu juga menegaskan bahawa pengurangan subsidi untuk golongan T20 adalah untuk memastikan ia tidak membebankan golongan rakyat yang berpendapatan rendah (B40).
“Misalnya elektrik dan bantuan kewangan haji yang ditarik subsidi golongan kaya (T20).
“Kamu sudah kaya benar… takkan Tabung Haji nak subsidi ke Mekkah. Ini memang ada rungutan, tetapi saya tegas perkara itu kita mesti kurangkan subsidi (golongan T20),” katanya.
Pada 22 Mei lalu, Anwar berkata kerajaan tidak lagi akan memberi subsidi kepada golongan T20 bagi penggunaan elektrik dan bantuan kewangan haji.
Beliau berkata sistem penyelarasan data – Pangkalan Data Utama (Padu) – yang dijangka siap akhir tahun ini akan mengurus serta menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan layak.
Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata, pengguna domestik yang menggunakan elektrik berlebihan akan dikenakan caj tarif elektrik semasa dan tidak diberikan subsidi.
Lembaga Tabung Haji pula menetapkan bantuan kewangan haji (Hafis) bagi ibadah haji tahun ini diperuntukkan kepada jemaah muassasah B40 dan M40 yang pertama kali menunaikan haji saja, manakala jemaah muassasah T20 yang berpendapatan lebih RM15,000 akan dikenakan bayaran penuh kos menunaikan haji.
Sementara itu, Anwar berkata mengenai peningkatan kos makanan import susulan kenaikan ringgit, beliau telah mengarahkan kementerian berkenaan untuk memantau perkara itu.
Beliau bagaimanapun memuji masalah harga ayam dan telur masa ini dapat dikawal dan tidak seteruk pada tahun lalu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source