Buka hadiah kahwin ramai2, keluarga terhibur pengantin dapat sebiji batu bata
Sudah menjadi kelaziman setiap pasangan pengantin akan membuka hadiah perkahwinan mereka seusai majlis yang berlangsung.
Biasanya, hadiah-hadiah tersebut diberi oleh ahli keluarga ataupun sahabat handai yang ingin meraikan hari bahagia pasangan pengantin.
Namun, perkongsian yang dibuat oleh @zuejalil91 nyata membuatkan warganet terhibur apabila ada ahli keluarganya yang melangsungkan perkahwinan telah membuka hadiah di hadapan keluarga besar dan menerima bungkusan ‘istimewa’.
Mana tidaknya, hadiah yang diberi dengan kotak yang cantik ternyata diisi dengan sebiji batu bata!
@zuejalil91 kalau hadiah ni 7 keturunan pon x habis makan🤣 #hadiahkawintrending❤️ #emas999publicgold
Lebih menghiburkan, di atas batu bata itu tertulis berat batu tersebut dan diandaikan seperti bongkah emas.
Pasangan pengantin turut ketawa dan bergambar bersama pemberi hadiah istimewa itu kerana merasakan ia sebagai satu bentuk hiburan bersama ahli keluarga yang lain.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata tumpang gembira dengan suasana keluarga yang begitu akrab dan ceria.
Mereka juga akui aktiviti terbabit sedikit sebanyak dapat mengeratkan silaturahim dan tumpang bahagia apabila keluarga besar begitu mengalukan kehadiran ahli baru dalam keluarga.
Sumber: TikTok zuejalil91
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source