Bimbang pendengar salah faham, netizen minta Johan hati2 beri pandangan agama
Perkongsian penyampai radio Hot FM, Johan di Perkampungan Sunnah telah mendapat perhatian ramai kerana mengeluarkan kenyataan yang agak kontroversi.
Bukan itu sahaja, potongan-potongan video yang dikongsi oleh netizen di media sosial telah membuatkan beberapa pihak tampil memberi teguran kepada pelawak itu.
Selepas isu ‘isteri tak bertudung tapi solat’ menjadi bualan, satu lagi perkongsiannya telah mendapat komen negatif dari netizen.
Menerusi muat naik semula di akaun TikTok milik umi_alihan83, dia meluahkan rasa bimbang dengan kenyataan Johan yang memberitahu haram untuk seseorang membayar zakat, solat dan lain-lain lagi selagi tiada suruhan daripada Allah S.W.T.
Selain itu, dia juga mengatakan yang membunuh, makan babi atau seumpama dengannya halal selagi tidak turun larangan dalam melakukan hal-hal tersebut.
@umi_alihan83 BAHAYA NI KALAU SALAH FAHAM.. APA LAGI KALAU BUDAK2 YANG DENGAR. NAUZUBILLAHI MIN ZALIK .#ISLAMINDAH
Susulan daripada itu, ramai yang mengakui bimbang dengan pandangan yang dilontarkan pelawak tersebut kerana boleh membuatkan salah faham dalam masyarakat.
Mereka juga menegur dua orang ustaz yang mendampingi Johan kerana tidak memberikan penerangan yang lebih tepat supaya ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah.
Walaupun ada diantara mereka yang faham dengan penjelasan yang dibuat Johan, namun mereka berharap perkongsian seperti itu seeloknya menggunakan ayat yang lebih tepat berbanding apa yang dijelaskan.
Sumber: TikTok umi_alihan83
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source