Cemerlang Dari Gred G Ke A, Iman Troye ‘Offer’ RM 300 Buat Pelajar SPM
Wah, seronok melihat kecemerlangan adik-adik yang baru sahaja mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semalam!
Usaha tidak mengkhianati hasil. Ya. Sudah pastinya, segala perih getir dan usaha yang telah dituai pada peperiksaan besar itu sudah pun terbayar semula.
ARTIKEL BERKAITAN: Ini Rupanya Kisah Legenda ‘Puteri Gunung Banang’ Yang Diadaptasi Oleh Iman Troye Di AJL 37, Lirik Puitis & Bijak!
Berhubung dengan itu, penyanyi meningkat naik, Iman Troye tampil memberi habuan wang tunai sebanyak RM300 buat pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.
Iman yang juga Duta Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI berkata, kriteria pemilihan berdasarkan pencapaian dari keputusan yang sebelumnya G dan naik ke A.
“Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek yang sebelumnya G naik ke A, saya nak bagi RM300.
“Hadiah ini bukan saja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka pada SPM 2022, tapi juga mahu memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha pada masa akan datang.
“Tawaran RM300 ini terbuka kepada semua termasuk pelajar yang mendapatkan khidmat PTTI,” katanya.
Selain itu, pemilik nama sebenar Iman Alyssa Sahabudin juga memaklumkan, pelajar yang menepati kriteria ditetapkan boleh menghantar mesej (DM) pada laman Instagram PTTI.
Sekadar informasi, pelantun lagu popular Nang itu merupakan mahasiswa peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Terknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Iman Troye
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source