“Makan Berkira, Vacation Berkira” Selesakan Anak & Isteri, Dr Say Kongsi Tip Nak Hidup Bahagia!
Jangan terlalu berkira dalam semua hal, lebih-lebih dengan anak, isteri dan keluarga. Inilah yang cuba dikongsikan oleh selebriti media sosial, Dr Say Shazril.
Menerusi Instagramnya, doktor selebriti ini menasihati agar jangan terlampau menghambakan diri pada wang ringgit hingga sanggup ikat perut dan bercatu hingga anak dan isteri terkesan.
Ada baiknya kita beri keselesaan dan nikmati hidup yang tenang dengan isteri dan anak-anak. Itu yang sebaiknya dilakukan.
Menerusi Instagramnya, bapa kepada dua cahaya mata ini berkongsi pesanan untuk semua.
“Ini pesanan mak ayah saya yang akan saya ingat sampai bila-bila. I just had this conversation with wife beberapa hari lepas on “we should enjoy what life has to offer” & tup tap terjumpa post ni kat FB mengukuhkan lagi apa yang kami bincangkan.
Menarik: Letak Tangan Atas Peha, Auto Macam Baba Dia, Comelnya Jebat Jayden Berceloteh, Ramai Geram!
“Once upon a time saya cukup berkira even dengan isteri saya sebab saya fikir “membazir je beli benda-benda/ makanan semua ni, baik simpan kasi ASB penuh” tapi terus terang cerita life was no fun at all.
“Berhitung segala benda siap beberapa kali berkelahi dengan wife on money matters. Bila dah ada anak, bila rezeki makin luas, bila simpanan cantik sikit, barulah saya sedar betapa kosongnya hidup selama ni diperhambakan dengan wang.
“Kita semua nak Financial Freedom betul? Tapi apa guna financially free bila kita menghitung segala benda?
“Makan berkira, vacation berkira, dengan ahli keluarga berkira dah celah mana Financially Free-nya di situ. Sebijik macam Cikgu Fadli ni cakap YOLO, You Lived Only Once jadi apa salahnya menikmati titik peluh kita selama ni? How to enjoy it? By MENGUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.
“Kalau kita nak beli sesuatu yang sampai the whole family kena ikat perut/ sampai kita terbeban berhutang/ sampai kita bercatu segala benda then that means kita tak mampu lagi untuk apa jua yang kita mahukan tu.
“Satu lagi ayat best saya belajar dari kawan sy @drhaqwasa adalah segala apa yg kita beli adalah SIGN OF ACCOMPLISHMENT FOR OURSELVES & ia jadi salah pabila seseorang itu beli something to impress others.
“Dont get me wrong, menyimpan still should be number one priority but IT SHOULDNT BE OUR ONLY PRIORITY. Enjoy titik peluh anda mindfully but never be a slave for your money,” katanya berkongsi.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Comelnya bila superhero cilik berkumpul ramai-ramai! Jom, daftarkan si manja ada di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/himpunan-little-hero/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source