Kacak ‘rela’ jadi pemain Kelantan FC tanpa gaji, DSV janji tiada jersi warna ‘pink’
Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida telah meluahkan hasrat mengambil alih semula pasukan Kelantan FC selepas berlaku pelbagai masalah dalaman terutamanya berkaitan tunggakan gaji dengan pemilik pasukan sekarang.
Menerusi temu bual yang disiarkan di Nadi Weekend, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza binti Othman, 52 memaklumkan yang dia bersimpati melihat situasi yang berpangkalan di Pantai Timur itu.
Ujarnya, dia sangat berharap pemilik semasa dapat menyelesaikan masalah tunggakan gaji kepada pemain atau menyerahkan kepadanya untuk diuruskan.
“Kepada peminat bola sepak Kelantan FC, saya mengharapkan pasukan ini mampu meningkat ke tahap yang lebih tinggi dan saya berharap pemilik semasa kelab mampu melakukannya dan jika tidak, serahkan kepada saya.
“Jika saya meminta untuk mendapatkan kelab ini, ia akan menjadi situasi yang berbeza. Saya ingin memberitahu jika mereka mampu untuk terus memacu kelab, silakan dan jika tidak, saya sedia menerima dan terus meningkatkan lagi pasukan ini,” katanya.
Ujarnya, jika dia kembali menjadi pemilik pasukan Kelantan FC, perkara pertama yang akan dilakukan adalah membawa pasukan ke tahap sepatutnya dan jersi berwarna ‘pink’ bukan lagi fokus utama seperti sebelum ini.
“Saya mahu cuba untuk membawa pasukan ke tahap yang sepatutnya, bukannya berada di kedudukan yang tercorot,” katanya.
“Tak perlu dah warna ‘pink’, kalau nak cat stadium warna pink pun makan kos berjuta-juta juga.
“Jersi warna pink dah tak perlu sekarang, yang penting pasukan Kelantan sekarang sepatutnya berada di antara tangga teratas liga tahun ini ataupun musim depan,” ujarnya.
Tak hanya itu, anak lelakinya, Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin atau biasa dipanggil Kacak pula meluahkan hasrat bermain untuk pasukan The Red Warrior itu dan sanggup tidak dibayar gaji asalkan mampu membawa pasukan ke tangga yang lebih selesa.
“Bagi pandangan saya ketika ini, saya lebih memilih untuk menjadi pemain Kelantan tanpa gaji pun tak apa.
“Kenapa saya nak jadi pemain sebab Kelantan kita tengok saya rasa sedih, sebab dulu Kelantan adalah pasukan yang digeruni ramai.
“Tapi sekarang kita tengok Kelantan, kita dah tahu itu ‘free point’ untuk pasukan lain menang, tapi tak apa mungkin satu hari bila Mama (DSV) dah ambil semula Kelantan mungkin kita boleh ‘go forward’ dan ‘lead’ pasukan macam dulu,” jelasnya.
Untuk rekod, Vida pernah mewarnai Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2015 dan 2016 selepas dia menaja TRW dengan nilai RM16 juta selama dua musim.
Antara perubahan dilakukan Vida termasuk mengecat semula Stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu selari dengan warna tema syarikatnya serta menjenamakan semula nama pasukan sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).
Sumber: YouTube Nadi Weekend
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source