Ke Jakarta bantu janda muda bertatu, Ebit Lew carikan kerja bawa balik Malaysia
Baru-baru ini, pendakwah terkenal, Ebit Lew telah berkongsi momen berada di Jakarta, Indonesia dengan membantu seorang wanita ‘punk’ yang tinggal dijalanan.
Dia telah memberikan sedikit wang kepada Mondy dan membelikan pakaian muslimah untuk wanita berusia 21 tahun itu. Difahamkkan, Mondy merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak dan bekerja sebagai penyanyi jalanan bagi mencari nafkah.
Selepas video tersebut viral, Ebit Lew telah menawarkan bantuan untuk mencarikan pekerjaan yang lebih sesuai untuk Mondy memandangkan dia bertekad untuk isitqamah berhijrah menjadi wanita yang lebih baik.
Oleh itu, menerusi posting terbaru Ebit, dia telah memuat naik perkembangan terkini wanita yang dibantunya dengan menyiapkan pasport bagi dia terbang ke Malaysia untuk memulakan hidup baru.
Menerusi posting tersebut, pendakwah berusia 38 tahun itu telah mengucapkan selamat datang ke Malaysia kepada Mondy dan meminta orang ramai mendoakan urusan wanita berkenaan dipermudah.
Menjengah ke ruangan komen, ada beberapa pihak yang tertanya-tanya mengapa Ebit Lew membawa Mondy datang ke Malaysia walaupun sudah dijelaskan untuk membantunya mencari pekerjaan yang lebih baik.
Ada juga yang berseloroh mengusik Ebit Lew dengan menyatakan mungkin Mondy mahu dilamar untuk dijadikan isteri pendakwah berkenaan.
Walau bagaimanapun, mereka tetap mendoakan agar urusan ibu tunggal terbabit dipermudah dan terus istiqomah dalam penghijrahannya.
Sumber: Instagram ebit lew
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source