Ritual Kejam Aztec Korbankan Manusia
Kalau korang ingat penjajahan Siam dan Jepun ke atas Tanah Melayu dah cukup kejam, ada yang lagi kejam tau! Korang tahu tak, masyarakat Aztec buat korban manusia untuk Tuhan Matahari diorang?
Archeologists yang meneroka Templo Mayor jumpa bukti ritual kuno tu pada tahun 2015 dan 2018. Kerajaan Aztec yang pernah menguasai tanah Mexico telah merobek keluar 10,000 jantung manusia hidup-hidup!
Adat kejam ni dijalankan setiap tahun. Diorang siap makan jantung tu sebagai ibadat buat Tuhan Matahari. Dah lah standard Tuhan Matahari tu tinggi. Nak korban yang kacak atau cantik, kuat dan sihat. Tapi kalau takde, sesiapa sahaja boleh dikorbankan tak kiralah lelaki, perempuan ataupun bayi baru lahir.
Kalau ikut logik, mana ada manusia waras yang tawarkan diri untuk dadanya ditikam dan jantungnya dirobek. Orang Aztec terpaksalah cari jugak mangsa untuk dikorbankan. Hampir setiap hari diorang keluar daripada kota untuk berperang, menyerang penempatan lain dan menculik tawanan bagi tujuan ritual suci ni. Semuanya bagi mencari mangsa yang cukup.
Orang ramai akan dikumpulkan di kuil untuk menyaksikan ritual ngeri itu.
Mangsa dibaringkan pada atas batu di tingkat teratas kuil. Seorang pendeta akan mengangkat batu tajam dan menikamnya tepat ke dada mangsa. Luka yang besar dirobek bagi membolehkan jantung ditarik keluar. Jantung yang masih berdegup tu dipulas keluar sambil urat-urat darah terputus. Mangsa akan menjerit dan mengerang kesakita. Semua ini berlaku ketika mangsa masih hidup.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Jantung, hati, otak dan mata akan dimakan oleh pendeta. Lepas selesai, mayat tak bernyawa tu akan diserahkan kepada mana-mana lelaki yang paling berjasa dalam amsyarakat Aztec.
Walaupun kejam, ikut kepercayaan mereka, semua mangsa korban itu akan masuk ke syurga. Pasal ni diorang tak rasa bersalah kot.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source