Seludup anak Sri Lanka: Suri rumah dibenarkan jaminan
M Bhanu Priya yang menghadapi tuduhan mengikut Sosma, dibenarkan jaminan RM15,000 selain diarah menyerahkan pasport sebagai syarat jaminan.
KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah yang didakwa bersama suaminya kerana menyeludup seorang kanak-kanak Sri Lanka ke negara ini, tiga bulan lalu, dibebaskan dengan jaminan sementara perbicaraannya diselesaikan.
Hakim Azahar Abdul Hamid membenarkan M Bhanu Priya, 28, diikat jamin RM15,000 selain mensyaratkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
Beliau turut memerintahkannya melaporkan diri kepada pegawai penyiasat jabatan imigresen setiap dua minggu sehingga perbicaraan kesnya diselesaikan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Suriati Mohamad tidak membantah jaminan, tetapi sebelum itu memohon mahkamah mengenakan jumlah RM50,000.
Bhanu dan suaminya J Raju, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyeludup masuk Pavisen Jaya Sangar ke negara ini di kaunter pasport imigresen, Jalan Sri Hartamas di sini, pada 28 Mac lalu.
Dia menghadapi hukuman mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom), yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Jabatan imigresen dan pendakwaan bergantung kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam menjalankan siasatan serta pendakwaan.
Mengikut Sosma, seorang tertuduh tidak dibenarkan jaminan dan perlu ditahan reman sehingga perbicaraannya selesai. Ini kerana tuduhan dianggap melibatkan keselamatan negara.
Bagaimanapun, Seksyen 13 Sosma membenarkan jaminan bagi pesalah di bawah usia 18 tahun, wanita, atau sakit.
Peguam Harpal Singh berhujah mahkamah mempunyai budi bicara membenarkan jaminan di bawah kategori ini kepada tertuduh.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source