Kenapa kambing gunung ni daki empangan air ni?
Kalau tengok kambing ni, dahsyat jugak curam macam tu pun dia boleh panjat. Nama pun kambing gunung (spesis Ibex). Tapi ya lah, kenapa dia panjat empangan ni? Buang tabiat ke apa?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Jawapannya sebab diorang nak jilat garam. Benda ni mungkin bunyi kelakar tapi benda ni penting. Setiap hidupan perlukan garam dalam hidupan masing masing. Kita selalunya dapat garam melalui ikan macam ikan bilis dan ikan laut, jadi sebab tu kita tak rasa sangat keperlua garam ni. Lagi lagi masa masak pun akan masukkan lagi garam ni.
Hidupan liar diorang tak ada benda ni. Nak garam, kena cari sendiri. Selalunya diorang bergantung pada haiwan yang pandai cari garam macam gajah untuk dapatkan garam. Gading gajah tu guna untuk korek tanah bergaram lah.
Tapi ada je haiwan lain yang boleh cari garam sendiri. Contoh macam kambing gunung ni lah. Empangan air ni ada garam garam ni, jadi diorang daki empangan ni untuk jilat garam. Diorang boleh panjat sebab kuku kaki bukan macam kuda – tapak kaki diorang lembut macam jari kucing. Disebabkan benda ni, kuku diorang macam boleh berpaut pada permukaan curam.
Ada juga saintis berpendapat sebab diorang nak elak dari kena makan pemangsa macam serigala, maka diorang pun bertenggek lah atas tu sambil jilat garam pada batu. Lepas ni kalau geng suami nak mengeteh dengan member, kalau tak nak kena bantai bini, boleh la bertenggek kat permukaan empangan dengan kambing kambing ni.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source