Paling Teruk Dalam Sejarah, Pencemaran Udara Di Amerika Syarikat Semakin Membimbangkan!
Pencemaran udara bukanlah suatu perkara yang asing di Malaysia, bahkan sudah menjadi seperti musim tambahan iaitu musim jerebu. Haiyooo…
ARTIKEL BERKAITAN: Saintis Bukti Pencemaran Alam Punca Kesuburan Lelaki Sekarang Menurun
Namun, baru-baru ini seluruh dunia dikejutkan dengan berita pencemaran udara toksik di Amerika Syarikat yang begitu teruk sehinggakan langit New York City bertukar jingga.
Negara tersebut dilaporkan mengalami pencemaran udara toksik yang teramat teruk hasil daripada asap kebakaran hutan di Kanada. Hal ini menyebabkan rakyat Amerika Syarikat didedahkan kepada udara toksik setelah hampir sekian lama negara itu tidak dilanda pencemaran udara sebegitu teruk.
Penyelidik turut mendapati penduduk di New York terdedah kepada tahap pencemaran lima kali ganda melebihi standard kualiti udara negara tersebut. Shocking kan?
Selain itu, para penyelidik Stanford membuat pengiraan bahawa purata orang Amerika pada Rabu lepas telah terdedah kepada 27.5 mikrogram setiap meter padu bahan zarahan kecil yang dibawa dalam kepulan asap.
Serpihan jelaga, habuk dan serpihan lain yang terbakar ini dikenali sebagai PM2.5 akan tertimbus di dalam paru-paru manusia apabila disedut dan berkemungkinan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Di New York, di mana langit berubah daripada putih susu kepada jingga terang sepanjang hari telah memaksa sekolah dan taman permainan untuk mengehadkan aktiviti luar dan menggalakkan pemakaian topeng apabila berurusan di luar kawasan tertutup.
BACA LAGI: SPM 2022: Subjek Sejarah Catat Peningkatan Prestasi Terbaik, Pendidikan Moral Catat Penurunan
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Guardian
Show emotes
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source