Egg Beef Muffin Menu Sarapan Ala Barat. Mudah & Cepat Nak Buat!
Egg Beef Muffin menu sarapan ala barat. Mudah dan senang sahaja nak buat. Kadang bosan makan makanan berat boleh gantikan dengan egg muffin berintikan daging cincang ini. Resipi ringkas egg muffin sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak dengan penyediaan yang mudah.
BAHAN-BAHAN:
- Telur
- Lada benggala
- Daging kisar
- Serbuk kari
- Garam
- Keju ( kalau nak letak )
- Daun bawang
**Kalau nak lagi sedap, boleh jugak guna tauhu telur. Kisar sekali dengan isi ayam. Boleh juga guna udang dan sotong. Ikut citarasa.
CARA MEMASAK:
1. Tumis daging kisar hingga garing. Kemudian masukkan serbuk kari, garam dan daun bawang. Ketepikan.
2. Sapukan sedikit minyak masak pada loyang muffin. Kemudian masukkan lada benggala.
3. Letakkan daging kisar yang telah dimasak tadi. Kemudian masukkan keju.
4. Tuang telur yang telah dipukul. Tabur daun bawang dengan secukupnya.
5. Bakar pada suhu 180C selama 20-24 minit atau sehingga muffin masak.
6. Angkat dan boleh dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Nur Suriya Nawawi
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Mudah Ayam Bakar Black Pepper, Sangat Sedap & Sempoi!
Masak Tempoyak Ikan Patin Cara Asli Pahang Hanya Guna Empat Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source