Take Copter: Gajet Doraemon Yang Wujud Di Dunia Sebenar
Kepada yang suka layan Doraemon, korang semua mesti perasan satu gajet yang seringkali digunakan oleh Nobita. Gajet tu adalah take copter.
Bila tengok gajet tu rasa macam best sebab senang nak bergerak. Kalau wujud tu, tak perlu dah kita loan ketam dan suku untuk berjalan-jalan.
Sebenarnya take copter yang ada dalam cerita Doraemon tu wujud di dunia sebenar. Sebab take copter telah menjadi permainan tradisional orang Jepun sejak beratus tahun lamanya. Betul ke ni?
Take copter dikatakan telah wujud di Jepun semenjak zaman Edo. Katanya take copter ini telah diperkenal oleh seorang ronin iaitu Hiraga Gennai. Dia mendapat inspirasi mencipta take copter setelah melihat hisha yang telah wujud di China sejak era Dinasti Jin.
Walau bagaimanapun, serpihan kayu di tapak arkeologi Zaman Nara membuktikan take copter dah wujud sekian lama di Jepun.
Persoalannya macam mana take copter orang Jepun berfungsi, sama macam gajet Doraemon ke?
Sama tapi ada perbezaan yang sangat besar. Sebab untuk terbangkan take copter orang Jepun, korang perlu putarkan batang dengan dua bilah laju-laju dan lepaskan dia ke langit.
Take copter Doraemon pulak, korang letak atas kepala dan tekan je punat kecik tu. Terus boleh terbang. Paling menarik sekali adalah take copter ni juga menjadi asas kepada penciptaan helikopter.
Senang cerita, pencipta Doraemon bijak mengadaptasi permainan tradisional mereka ke dalam gajet futuristik. Kepada korang semua kalau pergi ke Jepun dan terjumpa take copter.
Jangan sesekali letak dekat kepala sebab nak terbang. Takut nanti korang kena angkut ke Hospital Bahagia cawangan Kanto.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Oleh Azmil Azali
—
Kalau korang nak tahu lebih banyak tentang Doraemon dan Jepun, mohon baca KITAB TAMADUN JEPUN. Cepat beli dekat https://bit.ly/KitabTamadunJepunShopee
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source