Temuduga Di Cyberjaya Diserbu! Ribuan Rakyat Malaysia Teringin Bekerja Untuk Tesla Malaysia
Peluang terbuka untuk bekrja dengan syarikat Tesla di Malaysia tidak dilepaskan oleh ribuan orang ramai yang menghadiri sesi temuduga secara ‘walk-in’ pada hari Sabtu, semalam.
Bertempat di pejabat Cyberview Sdn Bhd yang terletak di Persiaran Apec Cyberjaya, foto-foto yang kini bertebaran di media sosial jelas memperlihatkan golongan pencari kerja mula beratur di kawasan parkir berbumbung sehingga ke tepi jalan raya seawal jam 10 pagi lagi; biarpun secara teknikalnya temuduga tersebut difahamkan bermula dari jam 12 tengah hari sehingga ke 4 petang.
Kira-kira 6,000 orang hadir ke temu duga yang dijalankan oleh syarikat automotif Tesla, bertempat di Cyberjaya, pada petang Sabtu.
Difahamkan, kesemua mereka hadir bagi merebut peluang pekerjaan yang mampu menawarkan gaji lebih baik bagi ekosistem Kenderaan Elektrik (EV) di… pic.twitter.com/0iFUxO24bx
— Astro AWANI (@501Awani) June 17, 2023
Begitupun, sekitar jam 12.30 tengah hari; pihak penemuduga dilaporkan memaklumkan kepada para pencari bahawa mereka tidak mampu bertemu kesemua yang telah beratur semalam. Sebaliknya, mereka diminta meninggalkan resume untuk diteliti kemudia.
Terdahulu pada awal Mac, Tesla telah mengumumkan akan membuka ibu pejabat pertamanya di Malasyia menerusi platform Pusan Pengalaman dan Pusat Servis Tesla. Ia susulan keputusan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk meluluskan permohonan jenama EV popular itu untuk mengimport Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) ke negara ini.
Tidak lama kemudian, Tesla Malaysia pula mengiklankan pengambilan pekerja untuk operasi ibu pejabat tersebut.
Lima jawatan telah dibuka kepada orang ramai dan ia terdiri daripada penasihat jualan, penasihat jualan perusahaan, penasihat penghantaran, pakar sokongan pelanggan dan penasihat perkhidmatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Pelajar MRSM Fakhirah Khairuddin Kini Bergelar Jurutera Di TESLA – REMAJA
Difahamkan juga, Tesla Malaysia juga menerima permohonan untuk beberapa jawatan bagi platform dalam taliannya termasuklah pentadbir pejabat, jurutera pembekal perindustrian (pembelian), akauntan kanan, juruteknik sokongan IT dan pakar operasi penghantaran.
SUMBER: AWANI
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source