Bagaimana Tertubuhnya Parti Paling Ditakuti Tun M – Semangat 46
Penubuhan Parti Semangat 46 ataupun S46 bermula pasca pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1987. Pertembungan pemilihan tersebut terbahagi kepada dua kem, iaitu kem A dan B.
Team A diterajui Dr. Mahathir Mohammad, Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak, Sanusi Junid, Mohammad Rahmat dan lain-lain.
Sementara itu Team B dikepalai oleh Musa Hitam dan Tengku Razaleigh, serta mandapat dokongan kuat dari Shahrir Samad, Abdullah Badawi, Ajib Ahmad, Rais Yatim, Harun Idris, Marina Yusuf, Othman Saat, Radzi Sheikh Ahmad dan banyak lagi.
Keputusan pertandingan tersebut menyaksikan hanya Abdullah Badawi sahaja berjaya memenangi jawatan Naib Presiden dan Tengku Razaleigh tewas tipis dengan 43 undi walaupun beliau menang dari segi moral. Penyokong-penyokong Tengku Razaleigh berasa susah hati tentang pemilihan ini yang mereka berkeras mengatakan telah dimanipulasi.
Mahathir menyingkirkan semua ahli Team B daripada Kabinetnya. Oleh itu, 12 orang ahli UMNO mengemukakan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi untuk memperoleh perintah mahkamah yang mengisytiharkan bahawa keputusan pemilihan tidak sah supaya dapat mengadakan pemilihan yang baru.
Plaintif-plaintif mendakwa 78 orang wakil telah dipilih daripada cawangan-cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan oleh itu, tidak layak mengundi. Mereka juga mendakwa bahawa beberapa dokumen mengenai pemilihan itu telah “diubah”. Walaupun Razaleigh bukannya antara kedua belas plaintif itu, beliau dipercayai secara meluas sebagai pembiaya dan penyelaras tuntutan mahkamah ini.
Setelah melalui proses mahkamah, mahkamah mengisytiharkan pengharaman Parti UMNO. Tidak lama kemudian, Dr. Mahathir mengumumkan pendaftaran UMNO Baru. Kepimpinan UMNO Baru hampir terdiri pada keseluruhannya daripada ahli-ahli Pasukan A yang kemudian memulakan pemindahan aset UMNO “lama” ke UMNO baru dalam bulan-bulan yang berikut.
Berikut dari peristiwa itulah menyaksikan bahawa tertubuhnya Parti Semangat 46 yang diasaskan oleh kumpulan Team B. Parti ini mendapat sokongan padu daripada kedua-dua bekas Presiden UMNO LAMA yakni, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Hussien Onn.
Kedua-dua bekas Perdana Menteri Malaysia ini telah menggunakan daya inisatif mereka untuk cuba menubuhkan parti baru yang bernama ‘UMNO MALAYSIA’ bagi menggantikan UMNO LAMA. Namun tidak diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran. Lalu kedua-duanya menyertai kem Tengku Razaleigh.
Pada 5 Mei 1989, secara rasmi parti ini ditubuhkan dan pada 12 Oktober 1989, Mesyuarat Agung Pertama berlangsung dan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Pilihanraya Umum 1990 menjadi ujian pertama buat parti yang baru ditubuhkan ini. S46 telah membentuk sebuah kerjasama dengan PAS dan dinamakan sebagai Angkatan Perpaduan Ummah.
Di dalam pilihanraya Umum tersebut, APU telah berjaya menewaskan UMNO di Kelantan. Lebih manis, ia juga menandakan pengakhiran bagi UMNO yang telah berkuasa di Kelantan sejak 1978. Walaubagaimanapun, pengaruh S46 hanya tertumpu di Kelantan dan menyaksikan sokongan terhadap mereka merosot di dalam pilihanraya seterusnya walaupun mereka berjaya mengekalkan penguasaan di Kelantan.
Ramai yang tidak mengetahui, mereka yang terlibat di dalam S46 ini tidak pernah sekali sekali meninggalkan UMNO. Oleh sebab itu, atas nama bangsa Melayu dan perjuangannya, parti ini telah dibubarkan selepas Mesyuarat Agungnya di Hilton Hotel, Petaling Jaya pada 1996. Kebanyakan pemimpin mereka ini pulang semula ke pangkuan UMNO dan kali ini mereka lebih berhati-hati dengan permainan licik Sang Presiden.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source