Kesatuan Melayu Muda Hampir Memerdekakan Tanah Melayu Di Hujung Pendudukan Jepun
Nama seperti Burhanuddin Al Helmy, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob, Ishak Muhammad antara nama yang disebut sebagai kalangan orang penting dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM), sebuah parti politik pertama di Malaya yang wujud hasil kesedaran untuk bangkit berjuang menuntut kemerdekaan berasaskan reformasi gerakan Islah yang diterajui kalangan penuntut dari Timur Tengah untuk melawan penjajah dan kolonial Barat.
Kesatuan Melayu Muda adalah gerakan yang paling lantang menyokong gagasan Kesemakmuran Asia Timur Raya dan Asia Untuk Asia.
Bila Jepun mendarat di Kota Bahru dan mara sehingga ke Singapura, KMM menyambut mereka dengan tangan terbuka dengan harapan Jepun menjadi kuasa yang membebaskan dan memerdekakan Malaya.
Usaha memerdekakan Malaya yang tidak henti-henti oleh Ibrahim Yaacob dengan nekad menuntut kemerdekaan Malaya bersama sama Indonesia dibawah gagasan Indonesia Raya dan beliau seringkali berusaha memujuk pentadbiran tentera Jepun pada waktu itu mempercepatkan usaha tersebut.
Melihatkan Jepun semakin menghampiri ambang kekalahan, KMM diberikan peluang untuk menjadi kuasa yang akan mengambil alih pentadbiran Malaya dan Ibrahim Yaacob sendiri mendesak agar kemerdekaan Malaya dipercepatkan.
Namun ia tak berlaku kerana Jepun secara rasminya menyerah kalah selepas ledakan bom atom keatas Hiroshima dan Nagasaki.
Harapan kemerdekaan melalui Jepun telah tertutup rapat. Ibrahim Yaacob lari ke Indonesia meninggalkan KMM yang terumbang-ambing tanpa pemimpin.
Kalangan kader dan ahli KMM pada awalnya sudah sedia untuk ambil alih pentadbiran, malah kalangan gerilawan juga sudah sedia untuk angkat senjata menghadapi bekas kolonial Malaya iaitu komunis tetapi dengan hilangnya Ibrahim Yaacob, KMM hilang arah dan berpecah serta tidak lagi mempunyai kelebihan yang kemudian diisi oleh MPAJA yang diterajui PKM.
PKM keluar dan menghukum rakyat sesuka hati atas alasan tali barut dan bertindak menyerang orang Melayu yang mereka anggap bekerjasama dengan Jepun.
Jika Ibrahim Yaacob tidak lari ke Batam dan kemudian Jakarta pastinya 14 hari Darurat selepas Jepun menyerah kalah tidak berlaku. Pasti KMM akan terus wujud dan Malaya pasti merdeka sama awal dengan Indonesia. Tapi sudah takdirnya begitu.
Gerakan kiri tidak pernah disorokkan sejarahnya malah diajarkan setiap darinya – yang bermula dengan kebangkitan Kaum Muda yang dicerminkan oleh gerakan Islah dari Timur Tengah sebelum perang dunia dan melahirkan ramai pejuang dan gerakan selepas perang dunia seperti PETA, PETIR, API, AWAS, KRIS dan PKMM.
Sayangnya mereka diperguna PKM dan membawa kepada pengharaman semua gerakan radikal Melayu dan sosialis Melayu.
Hanya kerana Jepun kalah lebih awal dan KMM lambat mengambil inisiatif.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source