Sebelum manusia meneroka angkasa lepas, sistem geosentrik iaitu Bumi ialah pusat alam semesta adalah sistem yang dipercayai oleh ahli falsafah Yunani, termasuklah para paderi gereja kerana sistem ini selari dengan wahyu dalam kitab Bible.
Tapi berbeza dengan ahli astronomi dari Itali ini, sistem heliosentrik iaitu matahari ialah pusat alam semesta adalah sistem yang sebenar dan harus dipercayai, sehingga paderi melabel beliau sebagai pelaku bida’ah!
Siapakah ahli astronomi yang melawan para paderi ini? Beliau itu ialah Galileo Galilei, saintis yang menjadi bapa kepada sains astronomi moden. Kisahnya bermula pada tahun 1613, di mana anak murid Galileo, Benedetto Castelli dijemput makan oleh pembesar keluarga Medicci bersama para ahli akademik lain.
Masa tengah makan, para ahli akademik ni mula buka gossip kepada pembesar yang model alam Coppernicus (heliosentrism) bercanggah dengan wahyu. Castelli pun membalas pandangan dengan memberitahu bahawa persoalan saintifik harus dijawab dengan perlaksanaan kajian (emperikal). Wahyu pula terbuka kepada tafsiran. Kalau terdapat fakta saintifik yang bercanggah dengan wahyu, maka tafsiran manusia terhadap wahyu itu adalah salah.
Grand Duchess Christina tak puas hati dengan jawapan Castelli. Jadi, Castelli tulis surat pada Galileo untuk meminta bantuan bagaimana nak selesaikan situasi sebegitu. Galileo pada mulanya tak nak masuk campur sebab tak nak berkontoversi dengan para pembesar. Tapi demi tegakkan ilmu, Galileo membantu Castelli dengan menulis surat penerangan bahawa sistem heliosentrik adalah sistem yang sebenar, kepada Grand Duchess itu.
Tapi, tidak cukup dengan surat penerangan, debat demi debat antara Galileo dengan pihak gereja berterusan tanpa henti kerana Galileo masih mempertahankan sistem heliosentrik dan pihak gereja masih degil dengan kepercayaan geosentrik.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Yang buat pihak gereja bengang ialah kenyataan Galileo bahawa tafsiran ahli matematik lagi selari dengan wahyu. Bagi pihak gereja, ahli matematik adalah pengikut syaitan kerana tafsiran mereka terhadap kitab Bible bercanggah dengan tafsiran paderi.
Pada akhirnya, Galileo dipaksa menghadap Gereja Vatikan di Rom untuk proses Pasitan (Inquisition). Inquisition ini semacam seksaan yang dikenakan ke atas seseorang supaya kembali semula ke ajaran Kristian Katolik. Sampai di sana, Galileo dipaksa untuk tidak berpegang, mempertahankan dan mengajar tentang heliosentrism dengan apa cara sekalipun.
Dengan keadaan tubuh Galileo yang sakit, umurnya yang tua dan perasaan takut, Galileo terpaksa membuat pengakuan supaya meninggalkan heliosentrism di hadapan perhimpunan para paderi. Malah, Galileo mengutuk heliosentrism. Kemudian, Galileo dipenjarakan di rumahnya sendiri seumur hidupnya. Karyanya diharamkan. Akhirnya, Galileo meninggal dunia.
Sekarang, pengorbanan Galileo berbaloi kerana akhirnya sistem heliosentrik diikuti. Saintis pun telah merungkai persoalan-persoalan di langit dengan membawa manusia ke angkasa lepas!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source