Hafiz Mahamad nafi main Forex, akui tak pandai & pening baca graf
Usahawan yang juga personaliti media sosial, Hafiz Mahamad tampil bersuara dan menafikan dirinya terjebak dalam kancah pelaburan saham ‘Forex’ seperti yang sedang kecoh.
Tuduhan tersebut dilemparkan selepas usahawan kelahiran Kelantan itu berkongsi video kejutan ‘birthday’ isteri tercinta, Syafiqah Aina dengan membawanya serta mentua menunaikan ibadah haji tidak lama lagi.
Hafiz dalam hantaran di Insta Story menafikan tuduhan tersebut dan mengakui dirinya tidak pandai untuk bermain Forex seperti yang dikatakan segelintir pihak di media sosial.
Jelas Hafiz, segala sumber pendapatan miliknya pada masa kini datangnya daripada hasil titik peluh mengusahakan perniagaan syarikat kecantikan bersama isteri tercinta.
“Ada la yang tanya saya, ‘Abang Hafiz pernah main Forex ke?’
“Demi Allah, tak pernah. Abang ni nak tengok komputer, graf itu ini pun abang pening kepala. Tak pernah dan mungkin boleh dikatakan saya tiada masa,”ujarnya.
Katanya, hampir sepanjang masa miliknya dihabiskan bersama para pekerja dan dirinya hanya menumpang limpahan rezeki yang dikurniakan kepada isteri sahaja.
“Kalau awak tengok IG stories saya setiap hari, dari pagi sampai ke malam, saya dengan team sahaja. Tak pernah lagi saya terlibat dengan Forex, trading dan sebagainya.
“Macam saya kat sebelum ini, saya tumpang rezeki isteri saya. Jadi, sumber pendapatan saya memang datang daripada perniagaan bersama Aina yang kami usahakan,”ujarnya lagi.
Hafiz bagaimanapun tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya dirinya terlibat dengan urusan perdagangan Forex kerana mahu menjadi sahabat kepada semua.
“Saya tidak akan mengambil tindakan. Orang kata ia fitnah, saya anggap ia satu andaian sahaja. Pada saya, mereka seperti sahabat yang baru mengenali saya. Mereka tidak tahu,”katanya.
Akan tetapi, memetik laporan Astro Gempak!, Hafiz akui dirinya sedikit terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan oleh segelintir pihak tanpa membuat sebarang rujukan dan mengenali dirinya.
“Tapi tentulah saya terkejut sebab saya tak pernah terlibat dengan Forex. Tapi taklah sedih sangat kerana mereka tidak kenal kita.
“Ada juga yang kata saya datang daripada keluarga senang. Tapi tidak. Ibu bapa saya kakitangan kerajaan.
“Bagi yang mengenali saya, pasti tahu saya dan Aina struggle sejak dulu lagi. Sebab tu bila saya dah senang, saya beri balik pada masyarakat. Sebab yang support saya dulu bukan orang kaya, tetapi mereka yang susah juga,”ujar Hafiz.
Sumber: Instagram @hafizmahamad, Gempak (Izwan Isa)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source