Hampir Semua Orang Korea Takde Bau Badan?
Kebanyakan orang Korea takde masalah bau badan. Diorang tak perlukan deodoran walaupun buat aktiviti yang lasak.
Seperti idola-idola K-pop korang, diorang tak risau pun kalau berpeluh semasa menari, berlari-lari atas pentas, sebab peluh diorang tak hasilkan bau yang tak menyenangkan dan menyengat.
Kenapa boleh jadi macam ni?
Dalam satu kajian, didapati bahawa orang Korea bermutasi secara genetik yang mana masalah peluh diorang lebih sedikit daripada yang lain.
Kajian di Universiti Bristol mendapati hanya 0.006 peratus penduduk Korea mempunyai gen ABCC11, penyebab utama masalah bau badan.
Penyelidikan ni berdasarkan Pangkalan Data Frekuensi Allel (ALFRED), pangkalan data gen yang direka oleh Universiti Yale di US. Penyelidik mengatakan bahawa nisbah orang Korea adalah yang paling rendah di dunia.
“Gen ABCC11 ialah penentu tunggal sama ada anda menghasilkan bau ketiak atau tidak, ” kata ahli epidemiologi genetik Universiti Bristol Ian Day.
“Penyelidikan menunjukkan bahawa walaupun hanya 2 peratus orang Eropah kekurangan gen bau, sebahagian besar orang Asia Timur dan hampir semua orang Korea kekurangan gen ini,” jelasnya.
Keunikan tersendiri bangsa Korea berbeza dengan bangsa-bangsa lain di dunia. KITAB TAMADUN KOREA memuatkan banyak informasi menarik mengenai sejarah dan budaya Korea hingga kini. Boleh beli dengan diskaun sempena Jualan PASCA PBAKL di:
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source