Inflasi mereda kepada 2.8% bulan lepas
Indeks Harga Pengguna bulan lepas turun daripada 3.3% pada bulan sebelumnya, menurut DOSM.
KUALA LUMPUR: Kadar inflasi negara terus mereda pada Mei 2023 dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) turun kepada 2.8% daripada 3.3% pada bulan sebelumnya.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan berkata, keadaan itu disumbangkan terutamanya oleh penurunan bagi makanan dan minuman bukan alkohol yang mencatat 5.9% (April 2023: 6.3%); pengangkutan 1.0% (April 2023: 2.3%); serta hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah pada 2.7% (April 2023: 3.0%).
Kenaikan inflasi di Malaysia bagaimanapun, kekal didorong oleh peningkatan indeks restoran dan hotel yang mencecah 6.7% berbanding 6.6% pada April 2023.
“Wajaran masing-masing bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (29.5%); pengangkutan (14.6%) serta restoran dan hotel (2.9%) yang meliputi 47.0% daripada wajaran keseluruhan IHP, turut memberi impak ketara kepada kadar inflasi dan kos sara hidup,” katanya.
Sebagai perbandingan dengan negara terpilih bagi tempoh Mei 2023, DOSM berkata, kadar inflasi Malaysia sebanyak 2.8% itu lebih rendah berbanding Zon Eropah pada 6.1%; Amerika Syarikat (4.0%); Filipina (6.1%); Indonesia (4.0%) dan Korea Selatan (3.3%).
Selain itu, inflasi di peringkat negeri menyaksikan tujuh negeri mencatat peningkatan melebihi paras inflasi nasional, iaitu Sarawak (3.5%); Selangor (3.3%); Perak (3.2%); Putrajaya (3.1%); Pahang (3.1%); Melaka (3.1%) dan Sabah (3.0%).
Bagi inflasi teras yang mengukur perubahan harga barang dan perkhidmatan, tidak termasuk item makanan segar yang tidak menentu dari segi harga serta barang dan perkhidmatan tertakluk dengan kawalan harga dari kerajaan, peningkatan lebih perlahan dicatatkan kepada 3.5% daripada 3.6% pada April 2023.
Menurut DOSM, kenaikan tersebut didorong terutamanya oleh peningkatan perlahan kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol pada 7.1% daripada 7.2%, manakala bagi restoran dan hotel, 6.7% berbanding 6.6% dalam bulan sebelumnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source