‘Wajib terima’ calon dinamakan pucuk pimpinan, Muhyiddin beritahu penyokong PN
Pengerusi PN itu berkata, ramai calon berkelayakan sudah diteliti oleh pucuk pimpinan gabungan itu.
SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata, penyokong gabungan itu “wajib menerima” calon-calon yang dinamakan oleh pucuk pimpinan parti-parti dalam gabungan.
Muhyiddin berkata, setakat ini beliau ada menerima senarai rasmi dan tidak rasmi calon PN yang akan bertanding pada PRN kelak.
“Ramai calon berkelayakan. Di Selangor khususnya sudah diteliti,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Konvensyen Pilihan Raya dan Jentera Pilihan Raya PN Selangor di Ideal Convention Centre (IDCC).
“Pucuk pimpinan putuskan.. wajib terima calon itu… Setuju.”
Dalam pada itu, Muhyiddin menggesa calon PN yang dijangka bertanding pada PRN agar turun padang mulai sekarang.
Tempoh kempen selama dua minggu tidak cukup untuk menyantuni pengundi, katanya.
“Masa amat terhad. Siapa calon, wajah, watak dan kewibawaannya, itu yang jadi pertimbangan (pengundi),” katanya.
Khamis lepas, Muhyiddin mengumumkan PAS akan bertanding di 126 kerusi, Bersatu di 83 kerusi dan Gerakan 36 kerusi pada PRN di enam negeri akan datang.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source