Ayah Pin Bagi Makan Taik
Korang kenal tak “angkasawan” negara, Ayah Pin (1941-2016)? Dia punya power tu sampai ada Kerajaan Langit yang tersohor. Kalau korang pergi sana, siap ada teko dan pasu gergasi. Meriah naa!
Di sebalik kegemilangan ajaran sesat Ayah Pin dengan 22,800 orang pengikut, ada sisi gelapnya yang tak ramai tahu. Kalau korang perasan, ilmu hitam banyak bermain dengan benda kotor. Contohnya amalan nasi kangkang dengan menggunakan darah kotor perempuan. Ayah Pin manfaatkan betul pengetahuan tentang ini.
Ini diambil dari kisah benar.
Ada seorang hamba Allah dari Johor ni, katalah namanya Pak Samad. Dia ada sorang kawan, katalah namanya pulak Pak Mail.
Pak Samad dan Pak Mail dah lama bersahabat. Sejak zaman belajar lagi. Rezeki pulak dapat kerja tempat yang sama. Kuarters perumahan pun berjiran sebelah-menyebelah. Jadi diorang berdua ni memang rapat la.
Pada suatu hari, Pak Mail ajak pergi jumpa seseorang yg hebat. Katanya banyak ilmu dan pandai mengubat. Pak Samad pun follow je lah. Sebab kawan, mestilah percaya. Sampai saja ke tempat yang dituju, teko dan pasu gergasi menyambut mereka. Selamat datang ke Kerajaan Langit.
Pak Samad dan Pak Mail diajak menyembang dengan Ayah Pin. Kalau berborak ni, tak sah la kalau takde teh panas untuk minum-minum. Ayah Pin hidangkan diorang teh dan biskut kering. Gaya menyembang orang tua-tua.
Tapi yang pelik, Ayah Pin bagi satu kapsul berwarna coklat.
“Makan ni, maajun. Ini jamu untuk bagi badan kuat!” paksa Ayah Pin.
Pak Mail memang terus telan. Mungkin dah berbiji-biji dia telan sebelum ni. Pak Samad pulak rasa ada benda yang tak kena. Jadi dia acah-acah telan, padahal pil coklat tu dia masukkan dalam kocek baju.
Mereka berdua pun balik ke rumah setelah habis menyembang malam.
Pak Samad lupa kat kocek baju dia ada pil coklat yang Ayah Pin bagi. Dia pun letak baju tu dalam baldi air. Rendam untuk basuh esok. Pak Samad pun masuk tidur.
Esoknya, Pak Samad bangun nak basuh baju-baju dalam baldi air. Bila dia masuk tandas, alangkah terkejutnya! Ada bau yang sangat busuk menusuk ke hidung. Nak termuntah! Cuba korang teka bau apa tu?
Ya, itulah bau taik. Setepatnya, taik Ayah Pin!
Benarlah dakwaan ramai bekas pengikut. Ayah Pin bagi makan taik dia!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source