Gadis terharu lihat ‘effort’ tunang, berbasikal dari Selangor-Perak untuk berjumpa!
Seorang gadis meluahkan rasa terharu melihat kegigihan tunangnya yang sanggup mengayuh basikal dari Selangor ke Perak semata-mata untuk bertemu.
Menerusi satu perkongsian video di akaun TikTok @lipashgoweng, Lia Syazwaniy berkata pada mulanya dia tidak mengetahui tentang kejutan tersebut sebelum lelaki itu, Haziq Hamdan muncul di depan mata.
@lipashgoweng tiktok u jangan nak banned video i eh 😡 babap kang ! to my favourite person : thankyou for everything 😭😭 , dah anggap kamu macam tali pusat dah 😭😭 @hyperboy 🤍 #fyp #foryoupage #xyzbca #fypシ
Bercerita lanjut, gadis yang mesra dengan panggilan Lia itu mengakui bimbang apabila tidak dapat menghubungi tunangnya dalam tempoh seharian sekali gus memikirkan apa yang telah terjadi kepada lelaki berkenaan.
Walau bagaimanapun, dia tidak menyangka apabila tunangnya yang juga aktif dalam bidang sukan permotoran itu tiba-tiba muncul di tempat kerjanya di sebuah pasar raya.
@lipashgoweng hihik >#foryoupage
“Dia berbasikal sejauh 126 kilometer untuk datang jumpa saya, dari Selangor ke Perak. Masa tu dia langsung tak balas mesej dekat WhatsApp.
“Seharian saya risau sebab tak tahu dia buat apa. Keesokan harinya, hari kerja syif pagi, memang mengantuk sebab tak cukup tidur fikirkan mana sayang saya pergi.
“Saya kerja dekat pasar raya, jadi pagi-pagi nampak pelanggan beli aiskrim. Saya pun hairanlah, makan aiskrim pagi-pagi. Otak saya pun masih blur masa tu.
“Tengok orangnya macam kenal, rupanya cinta hati saya. Walaupun Long Distance Relationship (hubungan jarak jauh), usaha nak jumpa tu sangat mahal,” tulis Lia dalam video tersebut.
Video berdurasi satu minit 22 saat itu memaparkan Haziq tanpa mengenal waktu siang dan malam, mengayuh menuju ke destinasi demi bertemu gadis kesayangannya.
@lipashgoweng expose ayang @hyperboy sebab rasa selamat bila ada dia 💐❤️
Selain meraih 418,000 tontonan, video berkenaan turut menerima lebih 1,000 komen dalam kalangan netizen yang rata-rata memuji kesungguhan tunang Lia selain mendoakan hubungan pasangan itu berakhir di jenjang pelamin.
Sumber: TikTok @lipashgoweng
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source