Parkir bertingkat dibina di Hospital Raja Permaisuri Bainun
Ia bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kenderaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun sejak 30 tahun lalu.
IPOH: Sebuah kompleks parkir bertingkat akan dibina di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kenderaan di hospital berkenaan yang berlarutan sejak 30 tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A Sivanesan, berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan awal dengan sebuah syarikat dari China yang telah menyatakan kesediaan membina kompleks parkir itu dijangka dimulakan pembinaannya tahun depan.
“Kos pembinaan akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat berkenaan, kerajaan negeri hanya akan menyediakan tapak (membina kompleks parkir) yang akan ditentukan kemudian.
“Apabila saya memperoleh kertas kerja daripada syarikat tersebut, saya akan kemukakannya pada mesyuarat Exco kerajaan negeri untuk kelulusan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Sivanesan berkata, pihaknya turut bercadang membina kompleks parkir bertingkat di Hospital Taiping, namun ia masih dalam peringkat kajian dan akan dilaksanakan selepas kompleks parkir di HRPB siap sepenuhnya.
“Kita akan melihat kompleks parkir ini di HRPB, sekiranya ia berjaya (menyelesaikan masalah parkir), kita akan membinanya di Hospital Taiping dan hospital lain yang mengalami masalah kekurangan tempat letak kenderaan,” katanya.
Sementara itu, Sivanesan berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri dan Majlis Bandaraya Ipoh untuk tidak mengenakan saman kepada orang ramai yang meletakkan kenderaan di luar pekarangan HRPB dalam tempoh setahun lagi.
“Bagaimanapun, ia tertakluk kepada beberapa syarat iaitu kenderaan tidak menghalang lalu lintas dan tidak diletakkan secara ‘double parking’,” katanya.
Sebelum ini, Sivanesan dilaporkan berkata pihak polis memberi kelonggaran dengan tidak mengenakan saman kepada orang ramai yang meletakkan kenderaan di luar pekarangan HRPB untuk tempoh beberapa bulan sahaja.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source