Asyik ulas kedudukan isteri2 Shuib, abang Siti Sarah minta netizen berhenti merapu
Perkahwinan pelawak, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah sememangnya menjadi perbualan ramai sejak mereka mengumumkan bakal berumah tangga beberapa bulan yang lalu.
Ramai yang dilihat tidak ‘move on’ dengan melemparkan pelbagai kata-kata kurang enak didengar lebih-lebih lagi membanding-bandingkan allahyarham Siti Sarah dengan Watie yang telahpun sah menjadi isteri Shuib Jumaat lalu.
Susulan daripada itu, abang kepada allahyarham Siti Sarah iaitu Ahamad Firdous Raissuddin telah tampil menjawab komen netizen yang menganggap Shuib menduakan arwah adiknya dan sesuka hati mengeluarkan kenyataan berkaitan agama tentang hubungan mereka.
Menerusi TikTok Ahmad Firdous meminta netizen berhenti meninggalkan komen-komen mengarut berkenaan perkahwinan Shuib dan menyertakan sekali rakaman suara ceramah dari Ustaz Azhar Idrus tentang hukum tersebut.
“Kalau isteri mati, beres dah.. Isteri mati dulu memang jadi bini kita. Kita kahwin ramai mana pun, katakan kita kahwin 4 di dunia.. jadi 4 isteri.
Dulu kahwin 3, mati dah. Lepastu kahwin 4 sekaligus, jadi berapa isteri? Tujuh tujuh ni kalau mereka tak kahwin (ada suami lain), maka jadi isteri kita 7 orang di dalam syurga,” ujarnya.
@ahamdfirdousraissuddin Alhamdulillah dah selesai… Moga Di permudahkan dunia dan akhirat. #ayah #shuibsepahtu #fypシ #tiktokmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #raissuddinfamily #fyp #fypシ #malaysia #tiktoker #shuibwatie
♬ original sound – ahmadfirdousraissuddin – ahmadfirdousraissuddin
Firdous berkongsi video terbabit susulan komen yang diterima apabila ada yang menulis bahawa suami akan bersama isteri baharu di akhirat kelak dan bukannya isteri pertama.
Jadi, netizen diharap menerima hakikat dan tidak lagi membuat tanggapan sendiri kerana keluarga allahyarham Siti Sarah sendiri menerima kehadiran Watie dengan terbuka dan turut sama meraikan perkahwinan Shuib.
Perkara tersebut dapat dilihat menerusi unggahan-unggahan gambar di media sosial mereka kerana hubungan mereka tetap akrab walaupun arwah sudah tiada.
Sumber: TikTok @ahmadfirdousraissuddin
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source