Ibu berjaya dapat hak asuh, anak segan jumpa ayah kandung di mahkamah
Perpisahan dalam sebuah perkahwinan bukan sahaja memberi kesan kepada suami isteri, tetapi turut anak yang masih lagi dibawah jagaan.
Walau bagaimanapun, ia bukan bermakna hubungan anak dan ibu atau anak dan bapa harus berakhir juga kerana ia tetap berjalan sampai bila-bila.
Namun begitu, menerusi perkongsian TikTok seorang pempengaruh dikenali sebagai Asha Razak, dia telah memuat naik momen anak perempuannya yang malu bersalaman dengan bapa kandung selepas Asha berjaya mendapatkan hak jagaan keatas kanak-kanak tersebut.
@asha.razak_ “MAKHAMAH MEMUTUSKAN HAK PENJAGAAN ANAK BERPIHAK KEPADA PLANTIF(IBU)” HARINI. Allah izin & kurniakan rezeki buat Adra untuk berjumpa.. Sebelum ni hari hari ibu cakap “nanti kakak akan jumpa ayah kakak” & ibu selalu tunjuk gambar supaya dia tak lupa pada wali dia. Asha & husband Sebak bila tengok mereka berjumpa tadi… Adra kenal & masih ingat pada ayahmya. “Abi…. kakak malu dengan ayah” katanya. ohh dia malu malu sikit rupanya.. Berkat USAHA & DOA selama ni, Allah izinkan juga segalanya selesai pada harini. Alhamdulillah! Terima kasih atas segala doa baik kalian. Terima kasih juga telah mengikuti segala perjalanan kami selama ni. Semoga Adra membesar dengan penuh kasih sayang & bahagia Semoga bila Adra dah besar nanti, dia tengok video ni. Dia akan faham segala perjalanan yang ibu dah lalui untuk dia 🥹 untuk sesiapa yang keliru: ABI – Bapa Tiri Adra AYAH – Bapa Kandung Adra #tuntutanhadhanah
Melihat dari video yang berdurasi 42 saat itu, dapat dilihat yang Asha berkali-kali menitipkan pesan kepada anaknya supaya bertemu dengan bapa kandung nanti.
Jadi, seusai mendapat hak jagaan, dia telah memberi ruang kepada bekas suami serta anaknya saling bertemu walaupun kanak-kanak itu terlihat sedikit canggung pada awalnya.
Susulan daripada perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen mengatakan berasa sayu melihat situasi berkenaan.
Ada juga di antara mereka yang mengakui pernah berada di situasi tersebut dan berharap supaya anak-anak yang ‘broken home’ ini mendapat kasih sayang yang cukup dari ibu bapa walaupun mereka sudah berpisah.
Namun, kebanyakan daripada mereka tetap mendoakan agar anak kepada Asha terus kuat menghadapi ujian ini dan berharap dia membesar menjadi anak yang solehah serta membanggakan kedua orang tua.
Sumber: TikTok asha.razak
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source