Penonton TikTok ditegur kerana sentuh isu 3R, kata Fahmi
Terdahulu dilaporkan menteri komunikasi dan digital itu menegur penonton siaran langsungnya di TikTok kerana mengejeknya dan mempersoalkan dasar kerajaan.
PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyangkal laporan yang menyatakan beliau mengancam mengambil tindakan terhadap penonton siaran langsungnya di TikTok kerana menyiarkan komen mengkritik dirinya dan kerajaan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, beliau mengingatkan penonton supaya tidak membuat kenyataan berunsur provokasi berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R).
“Berkenaan 3R, saya hanya mengulangi apa yang pernah saya sebut,” katanya kepada FMT.
“Sama dengan apa (Menteri Dalam Negeri) Saifuddin Nasution Ismail katakan sebelum ini. Saya ingatkan agar orang ramai tidak buat komen-komen 3R yang bersifat menghasut.
“Apabila saya buat ‘live’ Tiktok dalam acara, selalu komen yang ditinggalkan (penonton) sentuh 3R. Saya dah selalu cakap, pengguna media sosial tidak patut perguna 3R untuk tujuan politik.”
Terdahulu, MalaysiaNow melaporkan selepas dua jam sesi siaran langsungnya berjalan di TikTok, menteri itu menegur penonton kerana mengejeknya dan mempersoalkan dasar kerajaan.
Membetulkan laporan itu, Fahmi berkata, beliau memerhatikan ramai pengguna media sosial mengeluarkan kata-kata menghina setiap kali beliau bersiaran secara langsung di TikTok.
Beliau terpaksa mengingatkan pihak berkuasa mungkin mengambil tindakan terhadap mereka.
“Saya tidak bertindak melebihi kuasa atau undang-undang yang ada, apatah lagi melampaui batas,” katanya.
“Saya menjalankan tugas yang diamanahkan; jika undang-undang tegas dan keras, maka tegas dan keraslah saya.”
Pada Mac, Fahmi berkata, pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 (Akta 589) boleh membantu membendung isu berkaitan 3R.
Katanya, banyak perkara bawah dua akta itu perlu dikemas kini seiring perkembangan teknologi semasa.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source