Masih tunggu zuriat, Uqasha Senrose disindir
Pelakon popular, Uqasha Senrose meluahkan rasa terkilan apabila terdapat segelintir netizen tergamak memerlinya kerana masih belum dikurniakan cahaya mata selepas dua tahun berkahwin.
Menurut Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, dia mengakui sedih apatah lagi soal zuriat adalah perancangan serta rezeki ditetapkan Allah SWT.
“Ya Allah, sedihnya boleh awak cakap macam ni? Anak rezeki daripada Allah. Terima kasih banyak-banyak,” balasnya di ruangan komen menerusi sebuah hantaran di laman Instagram baru-baru ini.
Pelakon berusia 31 tahun itu menulis demikian selepas seorang netizen meninggalkan komen berbaur sindiran dengan menyatakan kasihan terhadap adik-beradik Uqasha iaitu Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose yang belum memiliki anak.
“Kasihan, adik beradik takde anak lagi,” tulis individu tersebut.
Ruangan komen itu membuat ramai pengikut tampil mempertahankan Uqasha, bagaimanapun pelakon drama Isteri Halal itu menasihatkan peminat supaya tidak terus berbalah tentang perkara berkenaan.
“Tak payah layan dengan orang yang tak reti jaga hati orang dan juga mulut. Lagi layan lagi menjadi,” kata Uqasha lagi.
Sebelum ini, dia mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali dan perlu merancang semula soal kehamilan di masa akan datang kerana masih sibuk dengan kerjaya ketika ini.
Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan aktor Kamal Adli dalam satu majlis yang berlangsung di Janda Baik, Pahang pada 5 November 2021.
Sumber: Instagram Uqasha Senrose
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source