Tengah nak minum, pemuda kesal budak main ludah2 hingga air liur jatuh atas gelas
Kerenah anak-anak kecil kadang kala memang membuatkan kita ‘pening’ lebih-lebih lagi jika mereka berada di tempat awam.
Peranan ibu bapa sangat penting ketika itu untuk mengawal mereka daripada menggangu orang lain sehingga boleh mendatangkan ketidakselesaan.
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @ilhmz.pdf, dia telah meluahkan rasa kesal apabila menjadi ‘mangsa’ kanak-kanak yang sedang bergurau sesama mereka dengan meludah dari tingkat atas sebuah pusat beli belah.
Dia yang kebetulan sedang makan dan minum di kafe bahagian bawah pusat beli belah itu terkejut apabila tiba-tiba sahaja ada ludah jatuh diatas gelasnya yang masih berisi minuman.
@ilhmz.pdf I was enjoying my moment while there’s one kid main ludah-ludah dari tingkat atas. worse, ludah dia jatuh on my drink. that’s so rude. bila I pandang atas, that kid sorok from my sight. what if ludah dia jatuh on my cake which I belum sempat nak sentuh lagi ? please watch your child especially in public. #fyp #fypシ #foryou #tiktokmy #xyzbca
Menerusi kapsyen yang disertakan, pada awalnya dia sudah melihat kanak-kanak tersebut meludah dari tingkat atas dan tiba-tiba sahaja air liur boleh jatuh di mejanya.
Lebih menjengkelkan, kanak-kanak tersebut telah menyembunyikan diri apabila pengguna TikTok berkenaan memandang ke tingkat atas.
Dia juga meminta agar ibu bapa lebih memperhatian anak-anak kerana kerenah tersebut sangat tidak beradab apabila berada di tempat awam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa berang dengan apa yang berlaku dan memohon ibu bapa mendidik anak supaya lebih sopan terhadap orang lain.
Mereka juga menyelar sesetengah ibu bapa yang menggunakan ayat “biasalah budak-budak” apabila anak mereka melakukan kesalahan hingga mengundang ketidakselesaan orang lain.
Sumber: TikTok @ilhmz.pdf
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source