Fitnah! Suami Heliza Helmi akui terasa hati, nafi diri seorang ‘scammer’
Suami kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi akui kesal dan terkilan dengan fitnah dilemparkan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menuduhkan seorang ‘scammer’ atau penipu.
Jelas pemilik nama sebenar Mahadi Badrul Zaman,39, berkata sekiranya dia benar-benar terlibat dengan aktiviti sindiket penipuan sudah pasti dirinya akan menjadi mangsa buruan pihak berkuasa.
Namun, sehingga kini dirinya masih memiliki rekod bersih daripada sebarang kegiatan jenayah yang dipetik oleh pihak-pihak tertentu.
“Saya memang difitnah, tiada sebarang penipuan yang saya lakukan.
“Saya langsung tiada sebarang kes. Kes polis tak ada, bank negara tak ada. Semuaya bersih. Kalau saya scam orang, pasti polis dah tangkap, bank negara dah cari saya.
“Tapi, saya bersih. Tiada satu laporan pun ke atas saya. Alhamdulillaj,”ujarnya.
Sementara itu, Mahadi yang juga seorang usahawan turut meluahkan rasa kasihan kepada isterinya iaitu Heliza Helmi kerana sering menerima tempias dengan segala tuduhan fitnah dilemparkan, lebih-lebih dirinya seorang selebriti.
“Kasihan isteri saya kena tempias. Dia seorang artis, jadi bila dia ke set penggambaran orang bertanya.
“Jadi benda-benda macam ini tak seronoklah,”luahnya.
Mahadi berkata, dirinya akui sedikit terasa dengan segala tuduhan yang dilemparkan oleh warganet termasuklah menuduhnya seorang penunggang agama dan janggut ‘mahal’ dimilikinya.
Bagaimanapun, dirinya tetap bersabar dan percaya ia adalah fitnah akhir zaman meskipun memberi sebarang kenyataan berbalas mahupun berdiam diri.
Sumber: mStar (Amin Hazlan)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source