Niat & Cara Solat Sunat Ihram (Panduan Lengkap)
Kesempatan menunaikan haji atau umrah adalah impian setiap orang yang beriman. Justeru itu , segala kebaikan dalam ibadah ini perlulah dimafaatkan sebaiknya seperti melaksanakan perkara-perkara sunat yang sangat digalakkan. Antara perkara sunat sebelum berihram ialah solat sunat ihram.
Bagi mereka yang pergi mengerjakan haji atau umrah, adalah sunat hukumnya bagi para jemaah untuk mengerjakan solat sunat ini. Solat sunat Ihram ialah solat dua rakaat yang didirikan setelah selesai mandi sunat ihram dan kemas berpakaian ihram. Perlu diingatkan bahawa solat sunat ini perlu dilakukan sebelum berniat ihram
Waktu Solat Sunat Ihram
Solat sunat ihram didirikan ketika para jemaah di miqat (tempat perhentian sebelum masuk ke kota makkah). Adapun miqat para jemaah haji dari asia tenggara kebiasaannya di Jeddah atau Yalamlam. Sekiranya jemaah haji terus masuk ke Mekah dari Malaysia maka laksanakan solat tersebut di KLIA (lapangan terbang)
Niat Mandi Sunat Ihram
Mandi sunat ihram adalah sunat dilakukan sebelum solat ihram dan memakai ihram:
Niatnya adalah:
Bacaan rumi:
Nawaitu ghuslal ihrami sunnatan lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah taala
Ini adalah panduan mengerjakan solat sunat ihram. Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan solat ihram dengan betul.
Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram
Melafazkan Allahuakbar(اللَّهُ أَكْبَر) berserta niat di dalam hati. Lafat niatnya:
Bacaan rumi:
Usolli sunnatal ihrami rak’ataini lillahi taala
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta’ala
2. Membaca surah Al-Fatihah
Maksudnya : “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam (2) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (3) Yang menguasai di Hari Pembalasan (4) Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus (6) Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (7)”
3. Membaca surah pilihan
Boleh membaca Surah al-Kafirun seperti dibawah ataupun mana-mana surah di dalam Al-Quran:
Maksudnya : “Katakanlah: “Hai orang-orang kafir (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (2) Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah (3) Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah (4) dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah (5) Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku (6)”
4. Rukuk
Bacaannya adalah:
Maksudnya :“Maha suci Tuhanku yang Maha Agung dan segala puji bagiNya.”
5. Iktidal
Bacaannya adalah:
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah Maha Mendengar orang yang memujiNya”. Tuhan kami bagimu segala pujian
6. Sujud Pertama
Bacaannya adalah:
Maksudnya :“Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji bagiNya.”
7. Duduk diantara dua sujud.
Bacaannya adalah:
Maksudnya : “Wahai Tuhanku, ampunkan dosaku, rahmati aku, bantulah aku, tinggikan darjatku, berikan rezeki kepadaku, berikan petunjuk kepada ku, lindungi aku dan ampunkan aku.”
8. Sujud Kedua
Bacaannya adalah:
Maksudnya :“Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji bagiNya.”
9. Berdiri semula untuk masuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1. Membaca surah Al-Fatihah sama seperti rakaat pertama
2. Membaca surah pilihan
Membaca surah Al-Ikhlas seperti dibawah atau mana-mana surau dalam Al-Quran.
Maksudnya : “Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa (1) Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu (2) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan (3) dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia (4)”
3. Rukuk dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
4. I’tidal dan bacaanya sama seperti rakaat pertama
5. Sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
6. Duduk di antara dua sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
7. Sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
8. Duduk Tahiyat akhir
Bacaannya adalah:
Maksudnya : “Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau maha terpuji lagi maha tinggi.”
9. Memberi Salam
Waktu Solat Ihram tidak boleh dilakukan
1. Solat sunat ihram tidak boleh dilakukan pada 5 waktu tahrim
- Selepas sembahyang subuh hingga terbit matahari
- Semasa naiknya matahari hingga lebih kurang satu pertiga selepas matahari naik
- Semasa matahari tegak hingga tergelincir iaitu waktu zohor
- Selepas solat asar hingga terbenamnya matahri
- Waktu matarahi kekuningan hingga terbenam
2. Wanita dalam haid tidak boleh mendirikan solat ihram
Setelah selesai solat maka berniatlah di dalam hati untuk ihram haji atau ihram umrah
“Sahaja aku menunaikan Haji/Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala”
Lafaz Talbiah
Ketika para jemaah sedang dalam perjalanan ke Mekah, maka disunatkan untuk sentiasa melaungkan talbiah (labbaikallah) dengan suara yang tinggi bagi jemaah lelaki.
Lafaz talbiah adalah seperti berikut:
لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ. لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ. اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَاْلملْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ
Labbaika Allahumma labbaik
Labbaika laa syariika laka labbaik
Innal hamda, wan-ni’mata, laka wal mulk, laa syariika laka.
Maksudnya: “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu.”
Perkara sunat sebelum berihram
Adalah digalakkan untuk melakukan perkara perkara sunat yang berikut sebelum berihram :
- Taubat
- Mengerat kuku
- Mencukur bulu ari-ari dan ketiak
- Memperkemaskan janggut, misai dan rambut
- Mandi sunat ihram (jika keadaan mengizinkan)
- Berwudhuk
- Memakai minyak wangi (bagi lelaki) dan untuk jemaah wanita cukup sekadar memakai sesuatu yang menghilangkan bau badan sahaja
- Memakai minyak rambut
- Memakai ihram yang berwarna putih
- Solat sunat ihram
Penutup
Terdapat banyak perkara sunat sebelum mengerjakan haji atau umrah yang pastinya akan dimaklumkan oleh muthawwif yang bertugas, walau bagaimanapun individu itu sendiri perlulah cakna untuk sentiasa memenuhi ibadah haji atau umrah dengan amalan-amalan baik yang mendekatkan diri dengan Allah
Sabda Baginda SAW:
“Perbanyakkanlah bersujud, kerana tidaklah kamu bersujud (walaupun) sekali, kecuali Allah akan mengangkat satu darjat untukmu dan menghapus satu kesalahan darimu” — Hadis Riwayat Muslim
Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan para hambaNya yang taat serta rajin melakukan amalan sunat dengan penuh keimanan dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh.
InsyaaAllah.
Panduan solat sunat yang lain
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source