Abai notis temu siasat, JPJ minta bantuan polis kesan suami Fatin Afeefa
Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, tindakan suami kepada pelakon Fatin Afeefa yang mengabaikan notis temu siasat itu sebagai satu tindakan mencabar pihak JPJ.
Menerusi laporan dari Harian Metro, notis tersebut dikeluarkan adalah untuk membantu siasatan susulan penggunaan nombor pendaftaran ‘QPA1’ yang tidak didaftarkan atas kereta McLaren miliknya.
Menurut Erick Jusiang, notis tersebut telah dihantar ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari Opai tidak hadir untuk memberi sebarang keterangan kepada pihak JPJ.
Disebabkan itu, pihak JPJ minta bantuan polis untuk mencari Opai.
“Kita meminta bantuan polis kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah.”
Terdahulu, suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Opai dikecam teruk oleh netizen disebabkan videonya menghina kenderaan bukan ‘super car’ di sebuah acara pertunjukan kereta tular.
Sumber : Harian Metro @Muhaamad Hafis Nawawi
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source