[REVIEW] Indiana Jones And The Dial Of Destiny Sarat Aksi, Nilai
Indiana Jones And The Dial Of Destiny menjadi sebuah filem akhir Harrison Ford dalam memainkan watak sebagai legenda ahli arkeologi dan juga pengembara.
Filem kelima ini mengisarkan perjalanan terakhir Indiana Jones yang ditemani oleh anak perempuan sahabat baiknya, iaitu Helena Shaw yang dilakonkan oleh Phoebe Waller-Bridge.
Pertengahan Perang Dunia II pada tahun 1944, Indiana Jones dan sahabat baiknya, Basil Shaw (Toby Jones) berada di Eropah. Kedua-duanya cuba menawan semula artifak yang dicuri oleh Nazi.
Bagaimanapun, yang ditemui oleh Indiana Jones yang dikenali sebagai Indy adalah artifak itu ternyata palsu. Namun begitu, terdapat satu artifak yang tulen iaitu Plat Archimedes.
Indy cuba menuntut artifak itu supaya ia tidak jatuh ke tangan penyelidik Nazi iaitu Jorgen Voller (Mads Mikkelsen).
Dua puluh lima tahun kemudian, Indiana Jones masih menjalani hidupnya sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej dan Indy suatu hari bersara daripada jawatan mengajarnya. Pada hari persaraannya, Indy bertemu dengan Helena Shaw. Helena cuba merampas Plat daripada Archimedes Indy untuk dijual di pasaran gelap.
Bukan sahaja Helena, Voller turut masih mengejar artifak berkenaan demi cita-cita peribadinya. Voller mahu menggunakan plat untuk memperbaiki masa lalu untuk masa depan yang lebih baik.
Indiana Jones terpaksa kembali ke pengembaraan untuk menghentikan Helena dan Voller supaya tidak menyalahgunakan Plat Archimedes itu.
Menerusi karya hebat yang diarahkan dan ditulis oleh James Mangold itu, bukan sahaja pengembaran dan aksi ditampilkan, bahkan terdapat juga pelbagai unsur seperti plot yang padat dan nilai kasih sayang.
Plot padat, penuh aksi
Semestinya jalan yang cerita yang ditampilkan tidak membosankan. Malah, setiap babak dalam semua plot yang dipenuhi aksi membuatkan penonton tidak senang duduk sepanjang hampir 2 jam karya hebat ini berjalan.
Watak ‘hero veteran’ yang memukau
Siapa tidak kenal dengan si pemain karakter popular Indiana Jones ini, walau sudah berusia 80 tahun, namun lagak aksi yang ditonjolkan dalam filem ini amat membuatkan figura itu tampak segar dan sememangnya boleh digelar sebagai seorang ‘hero veteran’.
Nilai kasih sayang
Perjalanan cerita ini bukan sahaja mementingkan aksi dan pengembaraan yang menakjubkan, malahan juga dapat dilihat nilai kasih sayang yang ditonjolkan antara Indy dan anak perempuan rakan baiknya itu iaitu Helena Shaw.
Selain itu, di penghujung jalan cerita, cintanya mula berputik kembali selepas bekas isterinya kembali kepangkuannya, selepas lebih sedekad berpisah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source