Pernah dengar nama Universiti Sultan Zainal Abidin? Siapa Sultan Zainal Abidin ni sebenarnya? Kenapa nama dia sangat masyhur di negeri Terengganu dan diabadikan pada nama sebuah institusi pengajian tinggi?
Sultan Zainal Abidin III Muadzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Muadzam Shah II, Sultan Terengganu yang ke-11 dalam sejarah Kesultanan Terengganu. Ditabalkan sebagai Sultan Terengganu pada 19 Disember 1881 ketika berusia 16 tahun.
Sultan Zainal Abidin III sangat disayangi seluruh rakyat jelata kerana peribadinya yang alim dan cintanya terhadap ilmu pengetahuan. Baginda seorang yang mesra dan mengambil berat hal ehwal negeri Terengganu dan berusaha untuk memajukan taraf hidup rakyat Terengganu.
Keperibadian dan ketinggian akhlak Sultan Zainal Abidin III ni diabadikan di dalam sebuah syair yang terkenal di Terengganu, iaitu Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga, hasil karangan Tengku Dalam Kalthum binti Tengku Wok Khazaki pada tahun 1936. Syair ni diangkat sebagai salah satu karya agung Terengganu disusun mengikut setiap peristiwa yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.
Sultan Zainal Abidin III seorang yang pemurah dan menjaga hubungan silaturrahim meskipun kepada hamba dan orang suruhan. Baginda tak lokek memberi bantuan dan mengeluarkan harta demi kesejahteraan seluruh rakyat Terengganu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Sultan Zainal Abidin III amat terkenal sebagai seorang pemerintah yang begitu berpegang teguh kepada ajaran agama Islam dan giat mempelajari cabang-cabang ilmu agama Islam. Baginda hadir sendiri untuk solat berjemaah di Masjid Abidin dan apa menjadi ikutan yang baik kepada rakyat Terengganu pada waktu tu.
Sultan Zainal Abidin III berangkat untuk belayar ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan fardu Haji pada tahun 1332 Hijrah. Keberangkatan baginda dirahsiakan kerana baginda tidak ingin impiannya ke Tanah Suci Mekah diketahui oleh orang. Para pengiring baginda sendiri tak tahu arah tuju pelayaran mereka pada mulanya.
Sultan Zainal Abidin III telah berguru dengan ramai ulama. Antara ulama yang pernah menjadi guru baginda ialah Haji Wan Abdullah bin Muhammad Amin (Tok Syeikh Duyung), Saiyid Abdul Rahman bin Muhammad (Tok Ku Paloh), Saiyed Abdullah bin Muhammad, Haji Zainal Kampung Banggol, Haji Musa Atas Tol serta Haji Wan Muhammad bin Ali Kampung Gedung. Baginda turut mempunyai seorang guru khas Bahasa Arab yang bernama Habib Umar Al-Attas.
Sultan Zainal Abidin III juga mempunyai kebolehan mengajar ilmu-ilmu kitab agama Islam. Baginda berkongsi ilmu yang diperolehnya daripada para guru dan ulama kepada masyarakat dan golongan bawahan baginda. Terdapat banyak kitab-kitab peninggalan baginda dan sebahagiannya masih disimpan dan diwakafkan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu.
Zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III merupakan zaman di mana negeri Terengganu menerima perubahan dan pembangunan yang sangat pesat. Zaman ni juga merupakan zaman yang kritikal bagi negeri Terengganu kerana menghadapi kemasukan pengaruh Inggeris. Sultan Zainal Abidin III berjaya mempertahankan Terengganu daripada kemaraan pengaruh Inggeris.
Sultan Zainal Abidin III dibantu oleh tiga orang pembesar yang dipercayai iaitu Tengku Musa, Tuan Hitam dan Che’ Abdul Rahim. Banyak perkara yang diperkenalkan oleh Sultan Zainal Abidin III sepanjang pemerintahan baginda sebagai Sultan Terengganu yang ke-11 ini, antaranya ialah:
1. Pembentukan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu
2. Undang-Undang Islam Terengganu
3. Permulaan sukatan dan timbang
4. Cukai Bia
5. Pembinaan Istana Maziah
Setelah 38 tahun memerintah negeri Terengganu, Sultan Zainal Abidin III telah mangkat pada 25 November 1918. Tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda kepada seluruh rakyat mengenai kemangkatan baginda. Berita ini begitu gempar dan telah disambut oleh seluruh rakyat jelata dengan perasaan hiba dan duka.
Oleh: Azizul Farhan
…
Nak tahu lebih banyak lagi fakta menarik tentang budaya dan sejarah orang Melayu? Baca je KITAB TAMADUN MELAYU. Cepat klik dekat https://bit.ly/40FLVup
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source