Selangor dipilih sebagai lokasi pelancaran Madani Afiat, Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 jadi aktiviti utama
Program Madani Afiat yang merupajan cetusan idea dari Menteri Kesihatan iaitu YB Zaliha Mustafa telah memberi peluang untuk warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertemu dengan orang ramai.
Pelancaran program berkenaan akan berlangsung pada 9 Julai 2023 di Dewan Rakyat Batu Caves dan YAB Menteri Besar Selangor telah merasmikan program Madani Afiat dengan negeri Selangor menjadi lokasi pertama ia diadakan.
Antara pengisian yang pastinya memberi manfaat kepada para rakyat setempat adalah aktiviti “Touch Point” iaitu lawatan dari rumah ke rumah. Lebih menariknya, aktiviti ini turut melibatkan pengurusan tertinggi KKM, pemimpin masyarakat dan pasukan perubatan.
Tak hanya itu, agensi-agensi program statik juga berpeluang untuk bersama-sama KKM untuk mengadakan pameran serta aktiviti setempat. Cara tersebut sekali gus membantu untuk menyebar luaskan maklumat asas pencegahan dan hebahan tentang program-program kesihatan serta inisiatif komuniti yang dijalankan oleh KKM kepada kumpulan sasar.
Bukan itu sahaja, orang ramai yang hadir ke program Madani Afiat juga berpeluang melakukan ujian saringan kesihatan bagi mengesan sekali gus mencegah risiko penyakit berjangkit – Non Communicable Diseases (NCD). Program tersebut sememangnya memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan bahaya penyakit tersebut yang mana bertepatan dengan reformasi kesihatan iaitu menfokuskan peralihan daripada merawat pesakit kepada paradigma baharu iaitu memastikan rakyat kekal sihat dengan mengambil kira perubahan daripada Sick Care kepada Health Care.
Untuk makluman, Seramai 150 orang jururawat dari Kolej Kejururawatan Sungai Buloh akan bergerak dari rumah ke rumah dan melakukan saringan kesihatan.
Antara pemeriksaan yang akan dilakukan ialah tekanan darah, hemo glucose test (HGT) dan kolestrol. Mereka juga akan memberi pendidikan kesihatan berkaitan cara hidup sihat.
Jadi, sebagai langkah awal, Madani Afiat memberi pendedahan kepada para jururawat Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) untuk melaksanakan projek kemasyarakatan.
“Bertepatan dengan nama “Afiat” yang bermaksud pulih dan sihat, saya berharap ianya akan mencapai matlamatnya seiring dengan reformasi kesihatan yang sedang dijalankan oleh KKM”, ujar YB Dr Zaliha Mustafa.
Selain kesedaran tentang NCD, tema-tema hari kesihatan akan bergantung kepada tarikh pelaksanaan Madani Afiat atau isu-isu kesihatan semasa.
Sebagai contoh, untuk program yang berjalan pada 9 Julai 2023 di Selangor, akan berlangsung Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes dan Insiatif One Hour Malaysia Clean up bersempena dengan Hari Denggi ASEAN yang telah disambut pada15 Jun setiap tahun oleh semua negara Asean.
Susulan daripada itu, aktiviti gotong royong bersama komuniti setempat akan dianjurkan bagi menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes.
Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 merupakan inisiatif KKM dan diadakan sebanyak dua kali setiap tahun dengan penglibatan semua agensi serta penyertaan komuniti dalam menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Seluruh lapisan masyarakat di Malaysia khususnya masyarakat di negeri Selangor digalakkan untuk melaksanakan aktiviti Cari dan Musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes pada hari berkenaan bersempena dengan program Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan.
Jadi, orang ramai khusunya rakyat selangor diharap dapat meluangkan masa lebih kurang 10 minit setiap minggu di premis masing-masing bagi membendung penularan kes ketika ini agar tindakan memusnahkan tempat pembiakan Aedes dapat dibuat secara konsisten seperti inisiatif One Hour Malaysia Clean Up yang bakal dilancarkan.
Di samping itu, bagi menjamin implikasi yang lebih positif, usaha ke arah penjagaan persekitaran yang bersih serta kondusif perlu digiatkan. Justeru KKM menerusi Pelan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) telah menetapkan keutamaan untuk MEMANTAPKAN KEBERSIHAN PERSEKITARAN sebagai Teras ke-4 ANMS
Penglibatan sukarelawan MyCHAMPION COMBI sebagai ejen perubahan tingkahlaku masyarakat diseluruh negara juga akan diperkasakan bagi membantu usaha mencegah dan mengawal denggi. Difahamkan sehingga Jun 2023 sahaja, sebanyak 3,320 pasukan sukarelawan MyCHAMPION COMBI telah ditubuhkan dengan penyertaan sebanyak 31,065 orang sukarelawan yang terdiri daripada kalangan komuniti di seluruh negara.
“MyCHAMPION COMBI perlu terus diperkasa agar mereka dapat berperanan sebagai community influencer dalam membantu Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan aktiviti pencegahan denggi, terutama melibatkan penyertaan komuniti setempat seperti gotong-royong menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes”, kata Menteri Kesihatan.
Jadi, orang ramai di dijemput hadir untuk bersama-sama dalam Program Program Madani Afiat yang akan diadakan pada 9 Julai 2023 ini. Lokasi pertama sudah tentu di Selangor.
Jumpa disana!
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source