Apa Beza Narsisistik Dengan Mencintai Diri Sendiri?
Sebelum mencintai orang lain, belajarlah mencintai diri sendiri terlebih dahulu. Korang pernah dengar kan quote ni. Ok nak tanya, apa beza sayang diri sendiri dengan sifat Narsisisme?
Nasrsisisme maksudnya cenderung memuja atau mengagumi diri sendiri dengan berlebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Seorang narsisis akan memandang dirinya yang terbaik. Bajet bagus.
Dah tu, apa beza dengan sayang diri sendiri?
Sebenarnya, ada beberapa perbezaan yang mendasar. Korang jangan pulak senang-senang tuduh orang yang menghargai diri sendiri tu narsisis ye. Pasal mencintai diri sendiri ni sebanrnya alami, bukan suatu perkara keji asalkan kena pada tempatnya.
Orang narsisis yang bersikap narsisistik laparkan pujian. Gilakan perhatian. Kalau sehari orang tak sebut nama dia, boleh resah gelisah. Dia sentiasa nak orang puji cantik, best, mantap bossku..
Manakala orang yang mencintai diri sendiri menghargai pujian. Dia menerima pujian dengan senang hati dan dalam masa sama tidak pula mengharapkannya. Kalau orang puji okay, kalau orang tak puji pun takpe asalkan dah buat yang terbaik.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Orang narsisis tak boleh dikritik. Dia sahaja yang betul. Dia kritik orang bukan main gegak-gempita. Bila orang lain kritik dia mulalah melenting.
Sementara orang yang mencintai diri sendiri menerima kritikan dengan kesedaran untuk memperbaiki apa yang kurang. Manusia sukar bersikap objektif dengan diri sendiri. Ia memerlukan orang lain untuk menegur kekurangannya.
Orang narsisis merasa lebih baik dari orang lain. Dia je yang betul, orang lain semua tak betul. Dalam agama Islam, penyakit ini dipanggail takbur. Inilah penyakit syaiton dan Iblis.
Berbeza dengan orang yang mencintai diri sendiri, mereka tenang dan menerima diri sendiri apa adanya. Semua kelebihan diraikan dan semua kekurangan diperbaiki. Kalau ada yang menegur, ia diterima secara positif beserta ucapan terima kasih.
Ok senang kata, cintailah diri sendiri. Tapi bukan seperti orang narsisis ye!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source