Niat & Cara Solat Sunat Tahiyatul Masjid (Panduan Lengkap)
Bagaimanakah cara mudah dan lengkap untuk melakukan solat sunat tahiyatul masjid?
Artikel ini akan memberikan panduan lengkap kepada akan memberikan panduan lengkap kepada anda untuk melakukan solat sunat ini
Masjid ialah tempat yang mempunyai kedudukan yang istimewa dan kemuliaan yang tinggi di dalam islam. Ianya merupakan sebuah institusi yang menyatukan umat islam dan menjadi lambang perpaduan serta syiar islam.
Menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk menjaga kesucian, memakmurkannya, dan menjalankan fungsi-fungsi masjid dengan baik. Kehormatan masjid juga perlu dijaga kerana masjid merupakan tempat yang disukai oleh Allah SWT. Abu Hurairah r.a beriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tempat yang paling dicintai Allah SWT adalah masjid-masjidNya dan tempat yang paling Allah SWT benci adalah pasar-pasarnya.”
(HR Muslim).
Justeru, sebagai tanda menghormati masjid, apabila seseorang itu memasukinya, dianjurkan baginya untuk melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. Solat sunat ini amat dituntut untuk dilakukan oleh seseorang yang memasuki masjid. Ini bersesuaian dengan galakan yang diberi oleh Rasulullah kerana baginda juga melazimi melakukan ibadah ini. Daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Jika salah seorang daripada kalian masuk ke dalam masjid maka solatlah sebanyak dua rakaat sebelum dia duduk”.
( Riwayat Al-Bukhari (444) & Muslim (1687))
Imam Al-Nawawi menyebut bahawa para ulama sepakat bahawa solat sunat Tahiyatul Masjid adalah sunnah dan jika tiada keuzuran maka makruh hukumnya untuk duduk sebelum dilakukan solat dua rakaat. (Rujuk Al-Majmu’Syarh Al-Muhazzab)
Adab masuk masjid
Nota: Sebelum melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid, diingatkan kepada kita untuk menjaga adab ketika memasuki masjid seperti masuk ke masjid dengan langkah kanan, memberi salam kepada sesiapa yang berada di dalam masjid dan membaca doa masuk masjid seperti berikut:
Allahummaghfirli zunubi waftahli abwaba rahmatika
Maksudnya: Ya Allah! Ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu.
Waktu mengerjakan solat
Solat sunat ini dilakukan sebaik sahaja kita memasuki masjid, iaitu sebelum kita duduk.
Jumlah rakaat
Solat sunat Tahiyyatul Masjid ini dilakukan sebanyak 2 rakaat sahaja.
Cara Solat Tahiyatul Masjid
Solat sunat tahiyatul masjid dikerjakan sama seperti kebanyakkan solat sunat yang lain seperti dibawah.
Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram
Melafazkan Allahuakbar(اللَّهُ أَكْبَر) berserta niat di dalam hati. Lafaz niatnya adalah:
Bacaan rumi: Usolli Sunnatan Tahiyyatal Masjid Rak’ataini Lillahi Ta’ala.
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Ta’ala”.
2. Membaca surah Al-Fatihah
Maksudnya : “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam (2) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (3) Yang menguasai di Hari Pembalasan (4) Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus (6) Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (7)”
3. Membaca surah pilihan
Boleh membaca Surah al-Kafirun seperti dibawah ataupun mana-mana surah di dalam Al-Quran:
Maksudnya : “Katakanlah: “Hai orang-orang kafir (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (2) Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah (3) Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah (4) dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah (5) Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku (6)”
4. Rukuk
Bacaannya adalah:
Maksudnya :“Maha suci Tuhanku yang Maha Agung dan segala puji bagiNya.”
5. Iktidal
Bacaannya adalah:
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah Maha Mendengar orang yang memujiNya”. Tuhan kami bagimu segala pujian
6. Sujud Pertama
Bacaannya adalah:
Maksudnya :“Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji bagiNya.”
7. Duduk diantara dua sujud.
Bacaannya adalah:
Maksudnya : “Wahai Tuhanku, ampunkan dosaku, rahmati aku, bantulah aku, tinggikan darjatku, berikan rezeki kepadaku, berikan petunjuk kepada ku, lindungi aku dan ampunkan aku.”
8. Sujud Kedua
Bacaannya adalah:
Maksudnya :“Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji bagiNya.”
9. Berdiri semula untuk masuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1. Membaca surah Al-Fatihah sama seperti rakaat pertama
2. Membaca surah pilihan
Membaca surah Al-Ikhlas seperti dibawah atau mana-mana surau dalam Al-Quran.
Maksudnya : “Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa (1) Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu (2) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan (3) dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia (4)”
3. Rukuk dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
4. I’tidal dan bacaanya sama seperti rakaat pertama
5. Sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
6. Duduk di antara dua sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
7. Sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
8. Duduk Tahiyat akhir
Bacaannya adalah:
Maksudnya : “Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau maha terpuji lagi maha tinggi.”
9. Memberi Salam
Niat Iktikaf Masjid
Apabila habis melakukan solat sunat, lafazkanlah niat Iktikaf seperti yang berikut.
Bacaan rumi:
Nawaitul iktikafa fi hazal masjidi sunnatal lillahi ta’ala”.
Maksudnya: “Sahaja aku Iktikaf di dalam masjid ini kerana Allah Ta’ala”.
Beberapa Situasi Berkaitan Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Terdapat beberapa situasi yang mungkin dihadapi oleh kita semasa mengerjakan solat sunat ini. Mari kita lihat dan fahami situasi-situasi berikut agar ianya memberi manfaat tentang cara menghadapinya sekiranya ianya berlaku pada kita pada masa hadapan. (Rujukan dari laman Mufti Wilayah Persekutuan)
Situasi 1:
Sekiranya anda memasuki masjid dan azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab azan tersebut kemudian jika mempunyai keluasan masa, lakukanlah solat sunat ini dan kemudiannya solat sunat Rawatib, jika masih sempit, maka bolehlah melakukan sama ada solat sunat Tahiyatul Masjid atau solat sunat Rawatib kerana kedua-duanya memadai antara satu sama lain.
Situasi 2:
Apabila masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang dijalankan, maka sunat baginya untuk melakukan solat sunat Tahiyatul Masjid secara ringkas terlebih dahulu sebelum mendengar khutbah atau majlis ilmu yang sedang diadakan.
Situasi 3:
Hukum mendirikan solat Tahiyatul Masjid sesudah seseorang itu duduk adalah dibolehkan sekiranya duduk itu adalah sebentar sahaja (dengan alasan terlupa) dan bukanlah berlanjutan dalam tempoh yang panjang.
Situasi 4:
Apabila imam sudah memulakan solat fardhu, maka tidak boleh lagi kita melakukan solat sunat. Ini adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Jika Iqamah solat sudah dikumandangkan, tidak ada solat lagi kecuali solat wajib.” (Riwayat Muslim-710)
Situasi 5:
Sekiranya seseorang itu hanya sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan tanpa hajat duduk di dalam masjid, dia tidak termasuk dalam tuntutan melakukan solat sunat ini.
Kelebihan Solat Sunat Tahiyatul Masjid
1) Memperoleh pahala yang berlipat ganda kerana melakukan perintah Allah dan sunnah Nabi Muhammad dengan baik.
2) Melatih diri dan masyarakat untuk lebih berdisiplin dalam melakukan ibadah sekaligus meningkatkan lagi ketakwaaan kepada Allah SWT.
3) Mendidik diri dan masyarakat untuk menghormati dan mencintai masjid.
Penutup
Solat sunat Tahiyatul Masjid merupakan ibadah yang dilazimi oleh junjungan Nabi Muhammad SAW. Sebagai umatnya, adalah penting untuk kita mencontohi baginda dalam setiap urusan. Solat sunat Tahiyatul Masjid ini adalah satu ibadah tanda kita menghormati masjid.
Disini kita dapat lihat bahawa agama Islam menganjurkan kita untuk mengamalkan sikap hormat pada setiap makhluk mahupun tempat. Ini menunjukkan kemuliaan agama Islam yang penuh dengan kebaikan jika kita benar-benar memahaminya. Islam adalah sebuah agama yang sempurna dan indah, semoga kita dapat menikmatinya dan berpegang teguh padaNya sampai bila-bila. Wallahualam
Panduan solat sunat yang lain
Rujukan
- Indahnya Hidup Bersyariat- Dato’ Ismail Kamus Mohd.Azrul Azlen Ab. Hamid (2009)
- Himpunan Solat-Solat Sunat -Kamaruddin Mahmod
- 75 Solat-Solat Sunat serta Doa dan Wirid – Drs. Abd. Rahman Mat (1999)
- Hukum Solat Sunat Tahiyatul Masjid Ketika Mahlis Ilmu Berlangsung – Mufti Wilayah Persekutuan
- Al-quran
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source