Yatie Kitchen Kongsi Buku Resipi dan Tip Masakan Edisi 5, Simple & Mudah Faham
Masakan dari air tangan sendiri pasti tak sama dengan yang dibeli. Mulanya mungkin tidak mahir namun kelamaan masakan pasti menjadi dan boleh sediakan hidangan yang enak buat keluarga.
Begitulah hasrat Yatie Kitchen, sosok yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia masakan, melancarkan Buku Resipi dan Tip Masakan Edisi 5. Dia berharap dengan adanya buku ini boleh dijadikan panduan bila memasak. Kering idea nak memasak, buku ini boleh dimanfaatkan bersama.
Yatie menghasilkan beberapa edisi buku resipi dan tip untuk dikongsi bersama anak-anak dan juga follower.
Sudah lima tahun berlalu,perjalanan menulis buku resepi ini bermula dari tahun 2018 hingga 2022. Ini merupakan tahun ke lima Buku Resipi dan Tips Masakan Yatiekitchen dikeluarkan.
Baru-baru ketika majlis ramah mesra dengan penulis ini menyampaikan rasa terharu dengan mereka yang menyokong selama ini. Ribuan terima kasih diucapkan buat mereka yang tidak pernah jemu bertanya tentang masakan dan tip.
“Buku masakan ni ada gambar begini untuk kemudahan pembantu rumah saya yang buta huruf, jadi mudah baginya menyediakan bahan-bahan masakan,” jelas Yatie.
Tambahnya, setiap resipi pada setiap naskhah buku adalah berbeza-beza dan resipi yang dikongsikan di setiap buku resipi ini adalah curahan kasih sayangnya.
“Saya dedikasi buku resipi ini pada ketiga-tiga anak iaitu Danish, Dina dan Dinda. Simpanlah dan gunakanlah sebaik mungkin, jangan kedekut dengan ilmu yang kita peroleh kerana ilmu tidak boleh dibawa mati.
Buku ini juga restu dari suami, dia menjadi juri setiap kali saya memasak, Alhamdulillah saya lulus pada setiap kali saya menghidangkan masakan saya pada suami,”jelasnya.
Buat mereka yang memiliki kesemua koleksi Buku Resipi Yatie Kitchen, pesannya masaklah dengan penuh kasih sayang. Kerana masak dari air tangan sendiri memberi keutuhan rumah tangga dan pengerat kasih sayang.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source