Sambal Cili Api Bunga Kantan. Resipi Sedap Wajib Cuba
Penggemar sambal wajib cuba resipi Sambal Cili Api Bunga Kantan ni. Memang sangat sedap dan wangi! Makan bersama nasi putih, dijamin bakal bertambah banyak kali. Ringkas sahaja resipi serta cara memasaknya. Saudari Aiza Hamdan ada kongsikan cara-caranya. Jom cuba!
RESEPI SAMBAL CILI API BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
- Ikan bilis – beli online disini
- Bunga kantan
- Minyak masak secukupnya
- Garam dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
1.Goreng garing ikan bilis. Angkat dan toskan. Ketepikan seketika.
2. Ambil bunga kantan, bersihkan dan hiris. Halus atau kasar, bergantung pada cita rasa masing-masing.
3. Kisar cili api, bawang putih dan bawang merah. Jumlahnya bergantung pada banyak mana ikan bilis dan bunga kantan yang anda guna.
4. Panaskan kembali minyak gorengan ikan bilis tadi. Tumis bahan kisar hingga masak.
5. Masukkan hirisan bunga kantan. Masak lagi sampai layu.
6. Perasakan sambal dengan secukupnya. Tutup api.
7. Bila sambak sudah sejuk, barulah digaul bersama ikan bilis goreng.
8. Angkat dan Sambal Bunga Kantan sedia untuk dinikmati.
NOTA: Selain digoreng, ikan bilis boleh ditumbuk kasar dan ditumis bersama cili kisar. Rasanya tetap juga sedap.
Kredit resipi & foto:Aiza Hamdan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source