Orang Cina Pertama Sampai ke Kerajaan Islam
Du Huan seorang warga Tang China kelahiran Jingzhao (kini Xi’an), mengikuti pasukan Panglima Go Seonji dalam Pertempuran Talas di rantau Syr Darya, Transoxiana (kini di bawah Kyrgyzstan dan Kazakhstan).
Peperangan ni berakhir dengan kemenangan tentera Abbasiyah pada tahun September 751M, bersamaan dengan bulan 7 tahun ke-10 era Tianbao (zaman pemerintahan Maharaja Xuanzong). Akibatnya, Du Huan, bersama-sama dengan tawanan perang lain dibawa ke Abbasiyah.
Jadi, adakah beliau warga China pertama yang sampai tanah Arab?
Sebenarnya tidak juga. Di Abbasiyah, Du Huan bertemu dengan para tukang kraftangan Cina yang bekerja dengan kerajaan di situ. Para pelukis Cina tersebut bernama Fan Shu dan Liu Ci dari Jingzhao, manakala penenun kain sutera bernama Yue Huan dan Lü Li dari Hedong.
Du Huan dibawa mengunjungi pelbagai tempat sekitar Kufah kerana pada masa itu, pusat pentadbiran Abbasiyah berada di situ.
Setelah 10 tahun dalam tahanan, beliau dibebaskan. Dengan menaiki kapal dagang yang bertolak ke Guangzhou (dipanggil Kanfu dalam catatan Arab), beliau pulang ke tanah airnya dan mencatatkan segala pemerhatiannya dalam kitab bertajuk Jingxing Ji《经行记》yakni ‘Catatan Pengembaraan’, travelog yang dipercayai terawal dalam sejarah China.
Kitab Jingxing Ji turut memperincikan 12 buah negara iaitu Fergana (拔汗那国)、Samarkhan (康国)、Sri Lanka (狮子国)、Bizantin (拂菻国)、Maghribi (摩邻国)、Arab [Abbasiyah] (大食国)、Rum (大秦国)、Parsi (波斯国)、Tashkent (石国)、Tokmak (碎叶国)、Merv (末禄国)、Syria (苫国). Du Huan menyediakan sebuah bab khas yang menyentuh ‘Perundangan Arab’ [Syariah Islam] (大食法)、Perundangan Rum [Kristian] (大秦法) dan Perundangan Majusi (寻寻法).
Sayangnya, catatan ni hilang ditelan zaman. Sungguhpun demikian, ia wujud dalam bentuk petikan-petikan dalam kitab Tongdian 通典, karangan saudaranya Du You (735 – 812). Du You adalah mantan Datu Qi Anjian. Beliau merupakan seorang sarjana, sejarawan, dan ahli politik yang pernah berkhidmat sebagai Bendahara Dinasti Tang.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Tongdian merupakan sebuah kitab ensiklopedia berjumlah kira-kira 200 jilid yang menyentuh undang-undang, peristiwa dan hal ehwal semasa (zaman Dinasti Tang) serta peristiwa-peristiwa sebelumnya.
Di You mempersembahkan kitab ini kepada Maharaja Dezong pada tahun 801 setelah siap pencetakannya. Begitu terperincinya kitab ini sehinggakan ia menjadi rujukan utama dalam penerbitan Jiu Tang Shu 旧唐书 (Rekod Dinasti Tang Lama).
Oleh: Azizul Farhan
…
Nak lagi kisah-kisah budaya Cina yang sangat menarik? Mudah sangat bila bersama KITAB TAMADUN CINA. Boleh beli dengan diskaun menarik di PBAKL. Kalau tak berkesempatan boleh dapatkan di: https://bit.ly/kitabtamaduncina
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source