Kota Tinggi, Legasi 1528 Masihi
Siapa yang masuk ke simpang trafik Kota Tinggi, pasti tertanya-tanya dengan slogan yang menyebut “Segalanya bermula di sini 1528M”. Apa maksudnya?
Tahukah korang, Kesultanan Melayu Melaka tidak pernah mati?
Portugis gagal menikam jantung sultan Melayu dan darah diraja masih mengalir sampai ke hari ini. Kota Tinggi menjadi saksi bisu legasi Kesultanan Melayu Melaka yang disambung dengan Kesultanan Johor.
Setelah Melaku jatuh pada 1511M, Sultan Mahmud Syah membawa kerabat dan pembesar ke Bintan, Kampor, Sayong Pinang, Kota Tinggi dan Johor Lama. Bintan dikalahkan Portugis pada 1526. Sultan bertindak untuk bersemayam di Kampar pada 1527. Pata tahun seterusnya, baginda mangkat.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Pada 1528M, Sultan Alauddin Riayat Shah menyambung legasi Kesultanan Melayu Melaka di sekitar Sungai Johor dan Riau.
Jika korang bertandang ke Kota Tinggi, di sinilah pemakaman kerabat diraja zaman waris Sultan Melaka dan Bendahara yang paling banyak. Malah, makam Sultan Mahmud mangkat dijulang dan Bendahara Tun Habib pun ada di sini. Kedua-dua figur ini berpengaruh besar mencorakkan kesultanan Johor.
Walaupun hari ini kedai Acheh bersepah di mana-mana, dahulukala Kota Tinggi pernah menjadi saksi luka. Permusuhan di antara Kesultanan Johor dengan Kesultanan Acheh mencetuskan api peperangan. Untuk mengembalikan kestabilan Johor, Daeng bersaudara dijemput ke istana. Maka bermulalah dinasti Temenggung dalam Kesultanan Johor.
Kota Tinggi menjadi kenangan terindah bagi pecinta sejarah. Datanglah ke mari dan nikmati tinggalan Melayu lama yang masih menyimpan misteri.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Kota Tinggi akan sentiasa hidup selagi ada yang mengingati sejarah dan perjuangannya. Jangan biarkan kepahlawanan Melayu hilang daripada ingatan. Dapatkan TASJIL ANIS SALATIN – JOHOR untuk sentiasa mengingatinya. Dapatkan di https://bit.ly/TASII
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source