Pernah tak korang tengok filem Libas? Awal-awal babak ada tunjuk sejarah yang ditulis dalam Sulalatus Salatin berkaitan Sepak Raga. Sebenarnya itulah tragedi yang membentuk Kesultanan Pahang.
Kesultanan Melayu Pahang dibahagikan kepada beberapa peringkat. Pada peringkat pertama, pemerintahan Siam di Pahang telah diserang dan diambil alih oleh kerajaan Melaka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Maharaja Dewa Sura telah ditawan dan dibawa ke Melaka, manakala puterinya, Puteri Onang Seri telah dikahwini oleh Sultan Mansur Shah dan mendapat 2 orang putera iaitu Raja Muhammad dan Raja Ahmad.
Kemudian berlaku satu peristiwa di mana pembunuhan anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak bernama Tun Besar ditikam kerana menjatuhkan destar Raja Muhammad yang sedang berkuda.
Menurut Kitab Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), Tun Besar sedang bermain Sepak Raga bersama-sama pemuda Melaka. Kebetulan, Raja Muhammad, Putera Sultan Mansur Shah sedang menunggang kuda melewati kawasan permainan Tun Besar.
Secara tak sengaja, rejaman Tun Besar tersasar lalu bola tersebut mengenai kepala Raja Muhammad yang berada di atas kuda.
“Cis, habis jatuh destar beta”, petikan dari Sulalatus Salatin.
Destar Raja Muhammad jatuh ke tanah akibat hentakan bola sepak raga pada kepala baginda. Amarah dan ego darah muda dalam diri mendorong Raja Muhammad menikam perut Tun Besar lalu mati.
Kejadian itu menaikkan kemarahan rakyat terutama sahabat-sahabat Tun Besar kerana kelakuan Raja Muhammad. Berita pembunuhan itu sampai ke pengetahuan Sultan Mansur Shah.
“Celaka Mamat”, titah Sultan Mansur Shah yang marah dengan pembunuhan itu.
Pertelagahan kedua-dua keluarga segera ditegah oleh Bendahara Tun Perak. “Nyiah! Nyiah kamu semua, nyiah kerana istiadat hamba Melayu tiada pernah derhaka. Tetapi akan anak raja seorang ini janganlah kita pertuan”.
Sungguh pun keluarga Tun Perak memaafkan Raja Muhammad, Sultan Mansur Shah tetap berasa kesal dengan perbuatan itu.
Maka baginda menitahkan Raja Muhammad ditolak dari bumi Melaka ke Pahang untuk ditabal menjadi Sultan Pahang yang pertama. Raja Muhammad juga tidak dibenar menjejak kaki ke Melaka.
Oleh sebab peristiwa itu, Raja Muhammad dirajakan di Pahang sebagai sultan yang pertama, bergelar Sultan Muhammad Shah.
Sultan Muhammad Shah memerintah Negeri Pahang selama 5 tahun (1470-1475) dan mangkat pada 1475 dan dikebumikan di Dusun Pinang, Pahang Tua, Pekan.
Dinasti daripada susur galur Kesultanan Melaka ni tamat di negeri Pahang setelah Sultan Abdul Ghafur Mohayuddin Syah dan anakanda baginda, Raja Muda Abdullah dibunuh oleh seorang anggota keluarganya yang turut menerima hukuman yang sama pada 1614. Makam keluarga diraja ini terdapat di Makam Chondong, Padang Buluh, Pekan.
Oleh: Azizul Farhan
…
Nak tahu banyak lagi fakta menarik sepanjang wujudnya Kesultanan Melaka? Dapatkan TASJIL ANIS SALATIN: RAHSIA AGUNG MELAKA di Shopee kami segera!
https://bit.ly/TASMelaka
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source