Apa Fungsi BCG Sebenarnya? – The Patriots
Cuba tengok lengan kiri korang. Mesti ada parut kesan cucuk masa sekolah dulu-dulu. Sebab apa sebenarnya? Sebab nak membezakan warganegara atau tak ke?
Tapi korang tau tak apa fungsi dia sebenarnya?
BCG atau bacille Calmette-Guerin, ialah sejenis vaksin untuk cegah penyakit tuberkulosis atau TB.
Suntikan ini digunakan di negara-negara dengan kadar jangkitan TB yang tinggi.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Suntikan ini digalakkan untuk diberi kepada bayi, kanak-kanak dan individu dewasa yang berumur bawah 35 tahun yang berisiko untuk mendapat TB.
Vaksin BCG mengandungi bakteria TB yang dilemahkan, yang membina imuniti dan menggalakkan tubuh untuk melawan TB jika dijangkiti dengannya.
Ia takkan menyebabkan sebarang penyakit TB daripada berlaku akibat suntikan tersebut.
Parut BCG terjadi disebabkan oleh tindak balas yang biasa terjadi daripada vaksin BCG adalah kemerahan dan benjolan kecil di tempat suntikan, diikuti oleh ulser kecil selama beberapa minggu. Ulser akan sembuh dan membentuk parut kecil.
Suntikan vaksin BCG bermula di Malaysia sejak tahun 1961 di bawah Program Kawalan Tibi Kebangsaan.
Vaksin BCG ni wajib bagi bayi yang baru lahir. Andai kata korang takde parut tu, korang mungkin kena cucuk lagi masa sekolah dulu-dulu.
Namun, Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan pada tahun 2015 mengarahkan pemberian semula vaksinasi BCG kepada murid sekolah Tahun 1 atau yang berumur 7 tahun diberhentikan.
Pemeriksaan kewujudan parut pada lengan juga dihentikan untuk murid Tahun 1.
Hanya bayi yang baru dilahirkan perlu diperiksa status suntikan BCG pada umur 3 bulan secara rutin. Bayi yang takde parut vaksin akan diberi semula vaksin tersebut.
Oleh: Azizul Farhan
…
Banyak lagi penyakit yang anda boleh tahu dengan THE PLAGUE! Buku yang sesuai untuk korang dapatkan ilmu sebegini! Mari beli di Shopee kami:
https://bit.ly/ThePlagueShopee
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source