Tak henti usaha tegak keadilan, kata Putrajaya selepas 9 tahun MH17 ditembak
Kementerian Pengangkutan berkata keputusan mahkamah pada 17 Nov lalu memberi keadilan kepada 298 mangsa MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Jul 2014.
PETALING JAYA: Usaha mendapatkan keadilan bagi 298 mangsa tragedi MH17 tidak akan berakhir walaupun keputusan kes tembak jatuh pesawat itu sudah diputuskan Mahkamah Daerah The Hague, Belanda pada 17 Nov tahun lepas, kata Kementerian Pengangkutan.
Kementerian itu dalam kenyataan berkata Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada mesyuarat 17 Mac lalu memutuskan untuk meneruskan pendengaran mengenai penyelesaian perbezaan antara pihak yang berkonflik.
“Malaysia bertekad bahawa proses itu mesti membuktikan kebenaran, keadilan dan akauntabiliti,” menurut kenyataan itu.
“Keputusan mahkamah pada 17 Nov itu mendedahkan kebenaran dan memberi keadilan kepada semua 298 mangsa termasuk 43 rakyat Malaysia.”
Mahkamah Daerah The Hague pada 17 Nov menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine selepas didapati bersalah menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014.
Digor Girkin dan Sergei Dubinsky serta warga Ukraine, Leonid Kharchenko, turut didakwa menyebabkan semua 298 penumpang dan krunya terbunuh.
Hakim Hendrik Steenhuis yang membacakan ringkasan penghakiman turut memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa.
MH17 ditembak jatuh peluru berpandu BUK ketika terbang melewati kawasan dilanda konflik di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.
Semua 298 penumpang dan kru dalam pesawat malang itu, membabitkan 43 rakyat Malaysia, 193 rakyat Belanda dan 27 rakyat Australia terkorban.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source