Kisah mutiara Cleopatra ni ditulis oleh pengarang Rom, Pliny the Elder dalam bukunya yang terkenal iaitu Natural History.
Cleopatra ni dah hilang akal ke?
Pliny ceritakan Cleopatra pernah memiliki sepasang mutiara yang dikatakan paling besar yang pernah dilihat di seluruh dunia yang menjadi miliknya. Mutiara ni diturunkan secara turun temurun oleh “keturunan raja-raja Timur.”
Diceritakan bahawa Mark Antony, kekasih Cleopatra dihiburkan dengan jamuan paling mewah hari demi hari oleh permaisuri ketika dia berada di istananya. Cleopatra seolah-olah sengaja menunjukkan kekayaannya sebagai pemerintah Mesir.
Apabila Antony sedar niat sebenar Cleopatra, dia memberanikan diri untuk bertanya sama ada mungkin jamuan ini dibuat dengan lebih mewah lagi.
Cleopatra rasa tercabar dan menjawab, dia akan habiskan sepuluh juta sesterces hanya dalam satu jamuan. Sepuluh juta sesterces tu ibarat 30 juta USD sekarang!
Antony tak percaya. Tapi dalam masa yang sama dia nak sangat tahu macam mana permaisuri berjaya dengan cabaran ni.
Keesokan harinya, Antony dipertunjukkan persiapan jamuan yang lebih kurang sama dengan sebelum ni. Bagi dia tak ada apa yang menarik. Siap menganjing Cleopatra balik kat mana dia habiskan duit sebanyak tu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Cleopatra menjawab, “ni hanyalah pelengkap yang remeh untuk jamuan sebenar”. Cleopatra tambah lagi garam dengan kata, “dia sendiri akan telan sepuluh juta sesterces.”
Setelah berkata demikian, Cleopatra perintahkan hamba-hambanya untuk bawa hidangan seterusnya.
Para pelayannya membawakan sebuah gelas, yang diisi dengan cuka yang mampu melarutkan mutiara. Antony sangat hairan dan menunggu apa yang akan dilakukan Cleopatra.
Cleopatra tanggalkan sepasang mutiara terbesar di dunia yang dipakai di telinganya. Cleopatra ambil salah satu mutiara, dan menjatuhkannya ke dalam cuka sehingga larut. Kemudian, dia minum campuran mewah tu.
Cleopatra nak buat benda sama dekat mutiara lagi satu tapi dihalang oleh Lucius Munatius Plancus. Plancus terus isytiharkan Antony dah kalah.
Pliny ada tulis bahawa ni ialah “petanda yang hasilnya telah disahkan sepenuhnya”. Mungkin inilah petanda jelas yang Antony akan kalah ditangan Octavian (Augustus) dalam perang saudara terakhir Republik Rom.
Antony tewas dalam Pertempuran Actium, pertempuran laut yang berlaku pada 31 SM. Pada tahun berikutnya, Octavian mengepung Alexandria sehinggakan Antony dan Cleopatra terpaksa membunuh diri. Ini menandakan berakhirnya Kerajaan Ptolemaic. Mesir kemudiannya menjadi wilayah Rom.
Menurut Pliny, mutiara Cleopatra yang lain telah diambil sebagai hadiah perang dan dipotong menjadi dua. Kedua-dua “separuh mutiara” itu kemudiannya ditukar menjadi “loket untuk telinga tugu Venus, di Pantheon di Rom.” Maka, tamatlah kisah mutiara Cleopatra.
Oleh: Azizul Farhan
___
Tak habis lagi sebenarnya cerita pasal Cleopatra, Mark Anthony dan Augustus Caesar ni. Sampai terjadi cinta tiga segi antara mereka. Nak tahu kesinambungan kisah ini? Dapatkan KITAB TAMADUN ROM sekarang!
https://bit.ly/KitabTamadunRom
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source