Penunggang maut motosikal rempuh kereta buat U-turn sebelum terbakar
Tular satu rakaman papan pemuka (dashcam) memaparkan seorang wanita maut apabila motosikal ditunggangnya terbakar selepas merempuh sebuah kereta yang secara tiba-tiba membuat pusingan U.
Difahamkan, kejadian berlaku berdekatan Sungai Janggut di Jeram, Kuala Selangor pada 15 Julai lalu menerusi perkongsian di akaun ‘Kau Layan Jela’ di laman Facebook.
Kejadian itu membabitkan mangsa, Siti Nor Manisah Adila Rosdi, 26 yang tidak dapat diselamatkan susulan api marak membakar kedua-dua kenderaan tersebut.
Salah seorang rakan sekerja mangsa, Lynda Hamdan berharap kematian Allahyarham Siti Nor Manisah dibawa ke muka pengadilan sekali gus terbela.
“Semoga nasib arwah kawan sekerja saya terbela. Al-Fatihah,” tulisnya.
Sementara itu, abang mangsa dikenali sebagai Haidir Rosdi turut bersedih atas kejadian menimpa adiknya selain mendoakan arwah adiknya ditempatkan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
“Berat hati ni nak redakan pemergian kau, Allah lebih sayang kan kau, Ya Allah ampunkan dosa dosa adikku Siti Nor Manisah Adila binti Rosdi.
“Kau lapangkan kuburnya, syurga tempatmu sayangku Nisa Adila. Angah sayang kau sampai bila-bila, kau pergi dalam keadaan syahid. Al-Fatihah,” katanya.
Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung kejadian terbabit. Salam takziah buat keluarga mangsa!
Sumber: Facebook Kau Layan Jela & search
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source