Sanusi persoal hebahan berita sebelum temu SPRM
PETALING JAYA: Sanusi Nor mempersoalkan laporan berita yang mengaitkannya dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE).
Menteri besar Kedah menyifatkan berita seperti itu mendahului proses, dan menambah ia tersebar sejak beberapa hari lalu.
“Setakat ini belum ada lagi pegawai SPRM datang jumpa atau panggil saya untuk menyiasat kes REE,” katanya di Facebook, sambil memuat naik gambar muka depan sebuah akhbar.
Memetik sumber, FMT semalam melaporkan SPRM membuka kertas siasatan berhubung penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melibatkan seorang menteri besar, dalam isu perlombongan REE.
Menurut sumber itu, SPRM pernah membuka kertas siasatan berhubung isu tersebut pada awal 2023 dan dikatakan memanggil beberapa saksi namun tidak diketahui sejauh mana kertas siasatan berkenaan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut ketika ditanya adakah SPRM akan memanggil menteri besar itu dalam masa terdekat.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source