Ke Mana Perginya Harta Yang Dirembat Portugis Dari Melaka?
Pernah tak korang pergi Melaka dan ternampak sebuah replika kapal yang besar? Itulah Muzium Samudera yang terletak di persisir Sungai Melaka yang sebenarnya ialah replika kapal Portugis “Flor de La Mar” yang karam setelah merembat harta-harta Kesultanan Melayu Melaka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Flor de la Mar merupakan kapal “carrack” Portugis yang tenggelam pada 1511 ketika membawa pelbagai barangan berharga dicuri daripada Kesultanan Melayu Melaka untuk dipersembahkan kepada Raja Portugis Manuel I di Lisbon.
Kapal Flor de la Mar bersama-sama 15 buah kapal Portugis lain dipimpin Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka untuk menguasai pusat perdagangan Timur-Barat yang paling utama.
Selepas jatuhnya Kota Melaka, beliau mencuri dan memunggah segala harta milik Kesultanan Melaka dan harta peribadinya ke dalam kapal Flor de la Mar itu untuk dibawa balik ke Portugal bagi dipersembahkan kepada Raja Portugis, Manuel I.
Antara barang yang dirembat termasuklah emas yang dianggar seberat 55 tan, barangan kemas dan bersejarah yang dicuri dilonggok dalam kapal Flor de la Mar. Kapal itu turut merembat barangan berharga pemberian Raja Siam sempena persahabatan antara kedua-dua pihak.
Barangan yang dibawa menaiki kapal Flor de la Mar termasuk harta curi Kesultanan Melaka ni dikatakan antara harta karun terbesar dan paling berharga pernah dikumpul oleh pihak tentera Portugis.
Menurut pengkaji sejarah, harta-harta yang terkandung di dalam kapal Flor de Mar dianggar bernilai US$3 bilion (RM12 bilion).
Selepas mengumpulkan dan melonggokkan semua harta pencurian itu ke dalam kapal Portugis itu, Flor de la Mar meninggalkan Melaka pada November 1511.
Disebabkan muatan berlebihan, kapal ni sukar meredah lautan bergelora lebih-lebih lagi bila dah beberapa kali diperbaiki akibat kerosakan yang dialaminya ketika berlayar ulang alik dari Lisbon ke India.
Kira-kira sebulan selepas meninggalkan Melaka, kapal Flor de la Mar karam berhampiran kawasan pesisir pantai Sumatera.
Sehingga kini, beberapa usaha telah dilakukan terutamanya pihak swasta untuk mencari kedudukan sebenar kapal Flor de la Mar itu tetapi tak dapat dikenalpasti dengan tepat kedudukannya. Kedudukan sebenar kapal Flor de la Mar masih menjadi misteri sampai sekarang.
Oleh: Azizul Farhan
…
Baru belajar pasal harta karun Melaka pun dah buat bulu roma kita meremang kan? Jadi, apa kata kita remangkan lagi segala buku kita dengan dapatkan TASJIL ANIS SALATIN: RAHSIA AGUNG MELAKA, sambil mempelajari keagungan tamadun nenek moyang kita di Shopee kami: https://bit.ly/TASMelaka
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source