Lemak Manis Menu Dari Thailand Ni, Buat Untuk Minum Petang
Makanan dari Thailand sering jadi kesukaan ramai.Jika ke Thai Market, paling disukai antaranya somtam dan miangkham. Rasa masam, masin, manis dan pedas somtam buat korang terkenang-kenang.
Pemanis mulutnya juga enak-enak belaka. Cukup rasa lemak dan manisnya. Antara yang menjadi tarikan ialah Mangga Thai dengan pulut, Chao kuai, cincau yang sering dihidangkan dengan ais parut dan gula perang dan pelbagai lagi hidangan pemanis yang memikat selera.
Dalam penyediaan pemanis mulut ini bahan utama yang digunakan ialah penggunaan gula palm yang rasanya tidak manis, enak dan berbau wangi.Selain itu dimbangi dengan penggunaan santan yang memberi rasa lemak agar pemanis mulut yang dirasai tidak rasa muak.
Kalau dah suka, jomlah kita cuba buat sendiri, lagi puas makan.
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 10
Bahan-bahan:
- 3/4 cawan tepung ubi
- 1/2 cawan santan (cair)
- 1 cawan santan (pekat)
- 1/2 cawan gula
- 1 1/2 sudu teh garam
- 3 sudu teh bijan putih yang disangai
Cara memasak:
1.Ayak tepung ubi bersama santan cair di dalam periuk. Reneh dalam api perlahan hingga tepung ubi larut, kacau sehingga pekat dan kering. Tutup air.
2.Uli tepung tadi hingga jadi bentuk palet (1 inci panjang) dan gunakan pinggan krong krang ( atau guna garfu) untuk membuat bentuk pada setiap bebola krong krang.Setelah itu letakkan bebola tadi atas tepung ubi dan tutup dengan kain linen separuh kering.
3.Masukkan bebola krong krang dalam air panas dan tunggu hingga ia timbul ke atas. Alihkan ke dalam air biasa dan toskan.
4. Campurkan santan pekat, gula dan garam di dalam periuk, reneh dengan api perlahan sehingga masak. Kemudian masukkan bebola krong krang yang dimasak, reneh sementara dan tutup api.
5.Hidang di dalam mangkuk kecil dan tabur bijan di atasnya.
Saiz hidangan: 3 orang
Waktu memasak : 1/2 jam
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 10
- Bahan-bahan:
- Sengkuang
- 30gm sengkuang – dipotong dadu dan reneh
- 1 cawan tepung ubi
- 1/2 camca teh pewarna merah,hijau,kuning,oren + 1 cawan air
- Sirap
- 1/2 cawan gula
- 1/4 cawan air
- 2 helai daun pandan* (*dimasak hingga gula hancur)
- Santan
- 1/2 cawan santan pekat + secubit garam
- Ais hancur secukupnya
Cara memasak:
1. Bersihkan sengkuang cina dan potong dadu.
2. Kemudian, rendamkan di dalam pewarna selama 10 minit sebelum ditoskan airnya.
3. Setelah itu, gaulkan sengkuang tersebut bersama tepung ubi.
4. Rebus sengkuang tersebut.Tunggu sehingga sengkuang timbul dan bolehlah diangkat.
5. Letakkan di dalam bekas berasingan yang telah dicampur dengan sedikit ais supaya tahan lama.
6. Selepas itu, panaskan santan dengan api perlahan dan masukkan sedikit garam ke dalamnya.Biar sehingga sejuk.
7. Panaskan gula dan air sehingga mendidih.
8. Angkat dan biarkan sehingga sejuk sebelum dihidang bersama santan, sengkuang dan ais.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source